Presiden UMNO(baru) yang disayangi itu memulakan ucapan pergulungan perasmian penutupan AGM UMNO(baru) dengan menyatakan bahawa AGM kali ini tidak ada lagi kecaman dari perwakilan terhadap parti. Sambil menekankan perkataan ‘Presiden yang disayangi ini’, Presiden itu meminta ‘bukti’ dari perwakilan setakatmana yang mereka sayangi Presiden itu. Alhamdullilah!, alhamdullilah!, alhamdullilah! Kerana perwakilan bangun sebagai bukti mereka sayangkan Presiden itu. Lalu Presiden itu, meminta, jika sayang maka kena taat.
Apabila taat, maka jangan pertikai lagi pilihan yang dibuat oleh Presiden. Disamping itu, sambil menyatakan bahawa semua manusia tidak perfect, dalam ucapan seterusnya itu dipenuhi dengan maksud bahawa teguran ahli yang menyatakan pilihan Presiden ada yang tidak betul itu adalah tidak tepat dan pilihan Presiden saja yang tepat dan mesti ditaati. Ahli UMNO(baru) sebenarnya tidak mampu berfikir sehingga ke maksud seperti itu. Presiden meminta mereka taati segala keputusannya tanpa soal ini mendedahkan keadaan sebenar UMNO(baru). Sekarang ialah bukan masa untuk ahli UMNO(baru) jadi begitu kerana keadaan begitu sebenarnya akan terus mempertahankan kedurjanaan.
Presiden UMNO(baru) adalah Mahathir, Perdana Menteri ialah Mahathir dan Mahathir ialah Mahathir. Inilah kata-kata Mahathir, hakikat ini tidak mampu difikirkan oleh ahli UMNO(baru). Emosi Mahathir, Ego Mahathir, Nyanyuk Mahathir dan segala macam kedurjanaan adalah dalam Mahathir di mana dia adalah Presiden UMNO(baru), Perdana Menteri Malaysia. UMNO(baru) mudah leka, mudah terpesona dan mudah tergoda dengan kata-kata manis ini. Ini adalah hakikat yang ahli UMNO(baru) payah nampak.
Walaupun diawal ucapan beliau bersyukur bahawa kini tiada kecaman dari ahli terhadap parti, tetapi dia sendiri menjadi popular dengan puisi "MELAYU MUDAH LUPA". Puisi ini adalah lebih buruk dari kecam parti sendiri, ia adalah kecaman terhadap BANGSA MELAYU sendiri. Inilah mentaliti Presiden UMNO(baru) itu, Perdana Menteri dan Mahathir sejak dulu, kini dan selamanya. Dia bersyukur kerana tidak ada orang kecam parti sendiri, sebaliknya dia sendiri yang kecam BANGSA yang menjadi tunjang UMNO(baru). Kecaman terhadap parti adalah untuk tujuan kebaikan sepertimana Presiden yang disayangi kecam BANGSA melayu. Walau bagaimana pun, tidak kecam parti dan kecam BANGSA melayu adalah dua keadaan yang berjaya mempertahankan kedurjanaan Mahahir sebab MELAYU MUDAH LUPA. Tak sampai 60 minit, orang melayu UMNO(baru) mudah lupa bahawa parti tidak boleh dikecam sebaliknya BANGSA boleh dikecam, bukan saja dikecam, tetapi dibodoh-bodohkan.
Jika Presiden UMNO(baru) kecam BANGSA melayu dalam puisinya untuk mengingatkan bangsanya, maka kenapa kecaman terhadap parti tidak boleh sedangkan atas alasan yang sama?. Apakah Mahathir merasa kecaman tersebut adalah terkena batang hidungnya sebab dia Presiden UMNO(baru)?. Tetapi kenapa dengan mudah pula Mahathir kecam MELAYU?. Adakah Mahathir mempunyai perasaan sebaliknya?.
Padahal MELAYU tidak mudah lupa, Mahathir tahu akan hakikat ini, sebab itulah Mahathir cuba menutup kedurjanaannya dengan mengingatkan MELAYU supaya jangan mudah lupakan ‘jasa’ UMNO(baru) kerana dengan cara itu, MELAYU akan mudah lupa bahawa UMNO sudah lama mati. Disamping itu, MELAYU akan mudah lupa rasuah dan dakwaan terhadap rasuah yang melibatkan dirinya, Daim, Rafidah Aziz dan ramai lagi itu dan hasilnya kepada kempen puisi MELAYU MUDAH LUPA itu ialah MELAYU akan lupa kepada kedurjanaannya.
Namun, hakikatnya ialah MELAYU TIDAK MUDAH LUPA kepada kedurjanaan Mahathir, Presiden UMNO(baru) dan Perdana Menteri Malaysia.
xyychromosomes@yahoo.com