Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


E-mail nasihat ikhlas untuk Mahathir.

Wahai mahathir.... sebelum bangsa mu bermandi darah sesama bangsa sendiri, sebelum bangsa mu bermandi darah dengan Polis suruhan kau, sebelum bangsa mu terkorban dek kekejaman kau. Berundurlah kau secara bermaruah seperti Tun Hussein Onn.

sesungguhnya aku tidak nampak untuk kau memulihkan keadaan huru-hara ini..kau akan hanya menambahkan kesulitan dan kehancuran pada negara.

Terimalah nasihat dan pandangan dari Veteran UMNO demi kepentingan bangsa melayu dan Islam itu sendiri.

sesungguhnya ramai lagi pemimpin melayu yang boleh menggantikan tempat kau.. terimalah nasihat ini dan aku tahu kau bukanlah manusia yang suka menerima nasihat dan teguran. sebelum inipun aku pernah menasihati akan projek Jambatan Pulau Pinang, Proton Saga malah Perwaja itu sendiri tetapi engkau degil dan tak menerima pandangan cendiakawan Melayu.

akan tetapi,sekarang aku sudah melihat saat-saat pertumpahan darah hampir berlaku akibat provokasi dari engkau sendiri. buanglah semua itu...

sehingga kiamat pun kau bercadang tak mahu melepaskan jawatan Perdana Menteri tu tak apa lah. TAPI... janganlah engkau coba menumpahkan darah bangsa kau sendiri dan janganlah 'tradisi' kan perbuatan kau dengan pembunuhan rakyat yang tak berdosa, cukuplah dan memadailah pembunuhan rakyat yang tak berdosa oleh kau itu setakat ini.

sekian dari ku,

lebihkan sayangi bangsa dan agama mu dari kemewahan dunia.

bye.

lawan tetap lawan (Secara Jantan bukan macam kau...pondan).

=====
'KALAU DAH AMUK...GAJAH PUN DIKATAKAN NYAMUK'


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com