Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Amanat Haji Hadi Vs amanat Raja Judi

raja tak berdaulat, mahafiraun kecewa lagi. kali ini kecewa berikutan penolakan usul pembuangan nama islam dalam mana-mana pertubuhan oleh Majlis Raja-Raja. demi mengubat kekecewaan, tersebut beberapa siri serangan balas dapat dilihat demi mempertahankan tujuan asal usul tersebut.

siti hishamudin menegakan benang basahnya "KEPUTUSAN MAJLIS RAJA-RAJA ITU ADA SYARATNYA....". siapa yang meletakan syarat, Majlis Raja-Raja atau umno atau pemuda umno atau mak nyah umno.

ramailah lagi kroni wal pengampu yang memberikan pendapat untuk mengubat kekecewaan tersebut. termasuklah nakaei dengan beberapa cadangan seperti isa, bla.. bla.. ikan ..kangkung.. kobis....

najib pula telah memulakan serangan ke atas amanat haji hadi. beliau meletakan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai keldai tunggangannya untuk menyerang haji hadi.

di sini, saya ingin mencadangkan agar barisan PAS membentuk satu jawatan kuasa teknikal untuk menangani, mempertahankan diri dan seterusnya menikam balik umno. langkah-langkah yang boleh diambil oleh jawatan kuasa teknikal ini ialah: -

1. berbincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mencari kebenaran berkenaan amanat Haji Hadi. Mencari kebenaran di mana silapnya, di mana betulnya amanat Haji Hadi. Memandangkan Majlis Fatwa Kebangsaan telah dicadangkan oleh najib, maka ini adalah peluang bagi PAS untuk membersihkan isu karat bersama Majlis Fatwa Kebangsaan.

2. terlanjur berbincang mengenai amanat Haji Hadi, jawatan kuasa teknikal perlu melanjutkan perbincangan kepada perkara-perkara seperti amanat tak ada gillete, amanat tak jumpa ayat yang melarang judi, amanat "DIA PUKUL DIRI DIA SENDIRI LAAAA.....", amanat wang ehsan, amanat the ship dan beribu-ribu lagi amanat yang boleh digali dari berbagai sumber.

3. perbincangan ini adalah untuk mencari kebenaran. maka Majlis Fatwa Kebangsaan perlu memberikan jalan penyelesaian, fatwa yang tegas dan tidak berkecuali, atas nama kebenaran dan Islam. Jawatan kuasa teknikal perlu mendesat Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan fatwa ke atas bukan sahaja amanat Haji Hadi, tetapi juga semua amanat-amanat sesat yang lain. Terutama sekali amanat Raja Judi Malaysia.

sekian,
akmal aura


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com