Sejak kebelakangan ini UMNO telah mecipta berbagai isu untuk memburukkan pembangkang terutama parti yang paling kuat dan stabil di Malaysia iaitu PAS.
Bermula dengan mencipta isu pepecahan Melayu dan pertemuan UMNO-PAS hinggalah cuba memberi nafas baru kepada isu yang sudah terlalu lapuk berkenaan apa yang kununnya dikatakan sebagai Amanat Haji Hadi. Usahlah kita terpedaya dan leka dengan permainan kotor UMNO ini. Apatah lagi ucapan Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) yang dikatakan sebagai amanat itu adalah benar semata-mata. UMNO sendiri sebenarnya tidak tahu di mana letaknya kesalahan dalam kenyataan TGHH itu. Cuma mereka berpegang kepada prinsip Mahathir yang diterbalikkan iaitu sesuatu perkara bohong jika diulang berkali-kali pasti orang percaya ianya benar. Prinsip yang diturunkan oleh Yahudi ini kini di "reverse-engineered" kan menjadi sesuatu yang benar jika dikatakan salah berkali-kali pasti orang percaya ianya salah. Lagipun hari ini saya berani mengkafirkan sesetengah ahli UMNO kerana UMNO telah mebuka keahlian kepada bukan ISLAM dan BUKAN MELAYU. Saya mohon Majlis Raja-Raja mengharamkan perkataan MELAYU dari UMNO kerana dalam perlembagaan Malaysia, MELAYU bermaksud Seseorang yang berAGAMA ISLAM, mengamalkan budaya Melayu dan bertutur dalam bahasa melayu. Kini sudah ramai ahli UMNO yang bukan ISLAM, tidak bertutur dalam bahasa Melayu dan tidak mengamalkan budaya melayu seperti berjudi dan minum Anchor. HARAMKAN segera Penyalahgunaan dan Penyelewengan terhadap MELAYU.
Jadi janganlah kita tertipu dengan propaganda mereka ini. Biarlah mereka meniup seruling jahat mereka itu. Sekiranya tiada balasan dari kita lama-kelamaan letihlah mulut mereka yang busuk itu.
Agenda disebalik propaganda ini ialah demi untuk menutup kepincangan kerajaan UMNO/BN dewasa ini. Mereka mahu rakyat lupa soal penyelewengan, korupsi, kenaikan harga barang, penurunan harga komoditi yang membawa penurunan pendapatan rakyat. Mereka mahu rakyat lupa soal penurunan bonus kwsp, bonus tabung haji. Mereka tak mahu rakyat membicarakan soal bail-out, soal pembelian MAS, soal wang KWAP dalam Timedotcom yang rugi. Mereka tak mahu rakyat sedar kes BON HARAM RM19 Billion PNB. Mereka tak mahu rakyat tahu kegagalan program integrasi nasional mereka, kes Tragedi Kampung Medan. Mereka tak mahu rakyat pertikaikan penutupan sekolah jenis kebangsaan Cina di Damansara yang dijangka kawasan tersebut sebenarnya telah dibeli oleh orang tertentu bagi tujuan komersial dan kepentingan peribadi atau kroni.
Biarkan UMNO terus menyalak dengan Isu lapok. Kita hendaklah terus-menerus membongkar isu-isu terkini. Mereka kini kelemasan dan nyawa mereka sudah dihalkum.
AnakGanu