PENDEDAHAN SYARIKAT MIRZAN MAHATHIR GAGAL JELASKAN CARUMAN KWSP
PEKERJA SELAMA 2 TAHUN
Pada 26hb Februari 2001 yang
baru lalu Tan Sri Abdul Halim Ali, selaku Pengerusi Kumpulanwang Simpanan
Pekerja yang baru telah mengumumkan bahawa, KWSP akan membayar sebanyak 6%
dividen kepada 9.7 juta orang pencarum KWSP, berasaskan kepada pendapatan
bersih berjumlah RM10.18 billion tahun lalu. (Bermakna kurang sebanyak 0.84%
berbanding daripada tahun lepas dan yang paling terendah sepanjang tempoh 26
tahun yang lalu)
Menurut beliau lagi " kadar
dividen sebanyak 6% ini, jika di lihat kepada inflasi dan kadar faedah rendah,
bermakna nilai simpanan ahli dapat di lindungi dan ditambah nilai" Jika
kita semak semula tentang peratusan dividen yang pernah KWSP bayar sejak penubuhannya
sehingga sekarang, kita dapati kadar dividen paling tinggi yang pernah pihak
KWSP bayar kepada para pencarum adalah sebanyak 8.50% di sekitar tahun 1983
hingga tahun 1987, walaubagaimanapun semenjak tahun 1988 sehinggalah tahun 2000
peratusan dividen yang di bayar terus menurun dari tahun ketahun sehinggalah
kepada paras yang paling terendah tahun ini.
Tetapi pada saya, setinggi atau
serendah mana sekalipun peratus dividen yang dibayar tidak memberi apa-apa
makna kepada sesetengah individu sekiranya
majikan tempat mereka berkerja gagal membayar caruman tersebut kepada KWSP. Apa
yang akan saya perkatakan disini, ialah pendedahan kepada sebuah anak Syarikat
yang gagal membayar caruman pekerjanya bagi tempoh 2 tahun, walaupun potongan
sebanyak 11% daripada gaji perkerja telah dibuat. Yang menghairankan beberapa
bulan yang lalu kita telah dikabarkan oleh pihak media bahawa sebanyak 96 buah
Syarikat (jika silap sila betulkan) telah dikenakan tindakan penelti/denda
diatas kegagalan menjelaskan caruman kepada KWSP, yang anehnya saya tidak
melihat nama syarikat yang akan saya sebutkan sebentar nanti, tersenarai dari
jumlah syarikat yang di ambil tindakan. KENAPA????????
Apakah pihak bahagian
undang-undang KWSP juga membuat pendakwaan pilihkasih kepada syarikat tertentu.
Persoalan ini ingin saya ajukan kepada :-
1. Tan Sri
Abdul Halim Ali - Pengerusi
KWSP
2. En. Mohd
Yusoff B. Abd Mubin - Peng.
Besar Kanan (Jab. Khidmat Majikan
3. Puan
Kamaliah Bt. Abd Kadir - Jabatan
Khidmat Ahli
4. En.
Ibrahim B. Talib - Jabatan Undang-Undang
Sekiranya anda semua membaca
rencana ini, tolong jangan cuba menafikan yang maklumat ini tidak benar, saya
mempu menyenaraikan setiap nama-nama perkerja yang pernah berkhidmat atau
sedang berkhidmat di Syarikat ini.
Disini saya akan ceretakan serba
sedikat siapa empunya Syarikat berkenaan dan nama Pengarah-Pengarahnya.
Syarikat yang saya maksudkan
gagal menjelaskan caruman pekerjanya kepada KWSP ialah SOLSIS (M) SDN. BHD.
·
SOLSIS (M) SDN. BHD. Adalah merupakan salah sebuah anak
Syarikat DATAPREP HOLDINGS BERHAD yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala
Lumpur.
·
Selain daripada SOLSIS (M) SDN. BHD., terdapat 4 buah anak
Syarikat lain, seperti berikut :
i) Dataprep (M) Sdn. Bhd.
ii) Dataprep Distribution Sdn. Bhd.
iii) Solsinet Sdn. Bhd. Dan
iv) Tamadun Interaktif Sdn. Bhd.
·
Aktiviti SOLSIS (M) SDN.
BHD. Ialah "marketing of Computer System Equipment and Software,
(memberikan perkhidmatan IT kepada Petronas di Menara KLCC.
Nama-nama ahli Lembaga Pengarah
DATAPREP HOLDINGS BERHAD adalah terdiri daripada :
Nama Jawatan Pegangan Saham %
Mirzan Bin Mahathir Pengerusi 5,802,466
18.140
Mohd Fauzi Bin Abd Ghani Pengarah - -
Yeoh Kee Pin Pengarah - -
Saya di fahamkan bahawa ada
seramai lebih kurang 100 hingga 120 orang berkerja di bawah SOLSIS (M) SDN.
BHD. Tetapi gaji dibayar melalui Syarikat induknya iaitu DATAPREP HOLDINGS
BERHAD, setiap bulan majikan sentiasa membuat potongan 11% daripada jumlah gaji
pekerja, selain daripada 12% daripada caruman Majikan, yang menjadikan jumlah
23% sebulan.
Sebagai contoh , sekiranya 11%
gaji pekerja yang dipotong berjumlah RM223.00 dan 12% daripada majikan
berjumlah RM243.00, ini bermakna pada setiap bulan majikan berkenaan perlu
menjelaskan sebanyak RM466.00 caruman pekerjanya kepada KWSP. Kalau di darab
dengan 12 bulan ini akan menjadikan jumlah sebanyak RM5,592.00 setahun, dan
sekiranya 2 tahun jumlah ini akan meningkat kepada RM11,184.00. Ini baru sahaja
untuk seorang pekerja, bagaimana dengan yang lain. Dimanakah selogan KWSP
(SIMPANAN UNTUK HARI TUA ANDA). Itupun tidak termasuk dividen yang layak
ditrima.
Kita dah rasa loya mendengar
alasan-alasan pihak pemerintah, mengatakan bahawa Wang KWSP tidak
disalahgunakan bla bla bla.. Pepatah melayu ada mengatakan kemana tumpahnya
kuah kalau tidak ke nasi, kalau dan bapak perompak wang rakyat maka anakpun
pencuri wang pekerja. Dahlah duit titik peluh pekerja di potong 11% setiap
bulan tidak dibayar kepada KWSP, duit dalam KWSP pun dia balun sama. Kepada
pegawai-pegawai KWSP anda semua jawaplah di akhirat nanti , kerana gagal
menjalankan amanah yang telah diberokan kepada kamu semua.
Teringat saya kepada kenyataan
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chan Kong Choy pada 21hb Mac 2000 Utusan Meloya
tahun lalu, dimana beliau mengatakan
bahawa Kementerian Kewangan menafikan dana KWSP digunakan untuk menyelamatkan
Syarikat milik individu tertentu, sebaliknya kata beliau, pinjaman hanya di
keluarkan jika ia mendapat jaminan kerajaan, bank atau penjamin lain bagi
memastikan pulangan yang memuaskan. … (saya
rasa Datuk Chan Kong Choy terlupa nak sebut " ataupun sekiranya mendapat
arahan daripada Perdana Menteri dan Tun Daim Zainuddin" … tak begitu Datuk Chan Kong Choy)
Kepada pemimpin-pemimpin Ahli
Parlimen BA, saya minta salah seorang daripada anda sila kemukakan soalan
kepada mentri kewangan pada sessi Dewan Rakyat yang akan bermula tidak lama
lagi, tanyakan kepada mereka adakah SOLSIS (M) SDN. BHD. Telah di ambil
tindakan undang-undang kerana gagal menjelaskan caruman pekerja.
Kepada pekerja-pekerja yang
pernah berkhidmat dengan syarikat Solsis (M) Sdn. Bhd. Ataupun sedang berkerja
sekarang sila buat semakan di KWSP samaada caruman anda telah dimasukkan
ataupun tidak, jika belum sila buat laporan kepada KWSP, saya difahamkan telah
ada laporan dibuat kepda KWSP tentang perkara ini lama dulu tetapi tidak di
ambil apa-apa tindakan.
Mengikut akta KWSP 1981 Kaedah 8
jika tidak silap saya bekas pekerja mempunyai tempoh masa selama 8 atau 10
tahun untuk membuat tuntutan terhadap majikan yang gagal menjlaskan caruman.
Kepada Pegawai KWSP anda
mempunyai kuasa di bawah AKTA KWSP 1991, Bahagian IV dibawah tajuk Perlantikan Pegawai dan Perkhidmat, Kuasa-Kuasa,
Fungsi-Fungsi dan Tugas meraka, antara lain ialah :
Kuasa-Kuasa untuk memasuki, memeriksa, dan
mengelidah. Seksyen 35, dan Seksyen 37 iaitu kuasa untuk menyaoal, periksa
orang-orang, Seksyen 38 Kuasa Ketua Pegawai Eksekutif untuk meminta maklumat
atau butir-butir dan menggelidah
Kepada pihak pemerintah UMNO/Barisan
Nasional perlu di ingatkan bahawa bukan semua pegawai yang bertugas di KWSP
memihak kepada kamu, atau pun mungkin sudah hampir tiada yang memihak kepada
kamu. Jika ada sudah pasti mereka itu ada kepentingan tersendiri dan
sebagainya. Oh ya jika saya tidak silap, kalau benarlah cerita yang saya dengar
ini. Bahawa DATAPREP HOLDINGS BERHAD telah mendapat kontrak bernilai RM30 Juta
bagi membekalkan Komputer kepada Kementerian Sumber Manusia dimana perjanjian
telah ditandatangani. Kalau ada mana-mana pihak yang sudi mengesahkan perkara
ini lagi baik, tetapi maklumat yang saya terima 90% benar.
Awal Akhir