Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Saham TimeDot.com - DISENARAIKAN atau BAIL-OUT

Oleh Awang Siber
[email protected]

Sedarkah saudara-saudari sekelian bahawa penyeneraian TimeDot.com di Bursa Saham Kuala Lumpur baru-baru ini merupakan satu skima yang dibuat oleh Daim dan Mahathir untuk mengabui mata rakyat dalam usaha mereka merompak wang negara dan rakyat?

Semasa TimeDot.com hendak disenaraikan penganalisa- penganalisa saham berpendapat bahawa harga satu saham TimeDot.com sepatutnya berharga antara RM2.00 - RM2.40 sesaham atau lebih rendah lagi. Walaubagaimanapun harga ini tidak dapat memenuhi tembolok Daim dan Mahathir untuk mengisi poket-poket mereka. Halim Saad pula yang tidak puas dengan hasil rompakan sebanyak RM3.2 billion dari Danaharta yang menyelamatkan beliau dari tindakan bankrupsi oleh 4 buah Bank (RHB, BANK BUMIPUTRA, MAYBAN, BANK OF COMMERCE) hasil dari kerugian pelaburan beliau dalam syarikat PhilippineNational Steel merasakan ini peluang terbaik menumpang sekaki dengan Daim dan Mahathir dalam agenda mereka merompak wang rakyat. Maka satu skima yang cukup licik dilaksanakan oleh mereka tanpa disedari oleh rakyat. Bagaimana????

Apabila saham TimeDot.com hendak disenaraikan mereka meletakkan harga RM3.20 untuk satu saham. Harga ini memang terlalu tinggi dan tidak mungkin pelabur yang berfikiran waras akan membelinya. 'Underwriter Bank' yang dikepalai oleh Commerce International Merchant Bank (bank yang dikuasai oleh kumpulan Renong) pula mengetahui bahawa dengan harga RM3.20 satu saham hanya orang gila akan membeli saham TimeDot.com ini. Daim pula tak mahu bank yang dia kuasai ini rugi pula apabila tidak ada pelabur membeli saham TimeDot.com . Maka Daim dan Mahathir mengarahkan TABONG AMANAH PENCEN dan PERMODALAN NASIONAL BERHAD memberi jaminan atau guaranti kepada "Underwriter Bank' untuk memaksa kedua-dua institusi kewangan rakyat ini membeli saham TimeDot.com apabila tak laku.

Seperti yang dijangkakan memang saham TimeDot.com tak laku kerana tak ramai orang gila berada dalam pasaran saham sekarang ini. Saham TimeDot.com bukan sahaja tak laku tetapi yang kurang dari 25% yang terjual itu pun terdiri dari mereka yang terpaksa membelinya seperti kontraktor-kontraktor yang tak dibayar oleh Time tetapi dibayar melalui tawaran saham yang akan diseneraikan dan sebagainya. Yang benar-benar dijual hanya lebih kurang 6% sahaja. Maka siapa yang akan dibebankan untuk membeli saham-saham yang tak laku ini?

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah TABONG AMANAH PENCEN dan PERMODALAN NASIONAL BERHAD. Harga yang akan dibeli dengan menggunakan Tabong Wang Rakyat ini ialah dengan harga yang begitu tinggi, harga yang tak masok akal dan tidak dibeli oleh pelabur yang berfikiran waras pula. BUKANKAH INI BAIL-OUT namanya? Halim Saad bersama Daim dan Mahathir mendapat bayaran penjualan saham mereka dari 'Underwriter Bank'. 'Underwriter Bank' pula mendapat jaminan pembelian saham yang tak laku dari Tabong Amanah Pencen dan PNB. Maka melalui skima ini Halim Saad tak perlu pening kepala samaada saham TimeDot.com ada pembeli atau tidak tetapi yang tetap pasti dia mendapat bayaran dari harga yang dia letakkan dan bukan ditentukan oleh pasaran di Bursa Saham. 'Underwriter Bank' pula tak perlu bimbang kerana mereka terjamin akan pembelinya sekiranya saham TimeDot.com tidak dilanggan oleh orang awam. Maka yang terbeban ialah Tabong Wang Rakyat iaitu Tabong Amanah Pencen dan PNB.

Satu tepukan gemuruh patut diberikan kepada Halim Saad, Daim dan Mahathir kerana berjaya mengabui mata rakyat dalam skima rompakan nekad mereka melalui Penyeneraian TimeDot.com di BSKL konon. Perompak No 1 dan 2 negara sekali lagi berjaya merompak duit rakyat dari Tabong Amanah Pencen dan PNB dengan ditumpang sekaki oleh Halim Saad, seorang korporat bumiputera yang mesti dibanggakan akan kejayaan beliau dalam dunia perniagaan. Kali ini mereka berhasil merompak lebih kurang RM 2.8 billion sahaja. RM 1.0 billion dari Khazanah Holding yang membeli saham TimeDot.com lebih awal lagi sebelum diseneraikan dan RM1.8 billion dari Tabong Amanah Pencen dan PNB apabila tak laku semasa diseneraikan di BSKL. Begitulah pintarnya Menteri Kewangan dan Perdana Menteri kita memikirkan permasaalahan rakyat ??? atau menjahanammkan negara???

Banyak lagi skima rompakan yang akan dilaksanakan oleh perompak-perompak ini dan akan didedahkan satu persatu InsyaAllah. Itu sahaja yang boleh saya buat. Saya tidak mempunyai kuasa untuk menyekat mereka dari terus merompak kita semua. Kita yang memilih mereka untuk memerintah. Maka sekiranya ini merupakan sebahagian kecil dari azab Allah Azzawajjalla diatas tindakan kita memilih mereka memerintah maka kita mohon dihapuskan pemerintah ala-perompak ini. Semoga Allah mengampuni dan menyelamatkan kita dari azabNya.

Disini saya hendak tanya orang Islam, Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya bolehkah kita mempercayai seorang Perdana Menteri yang sanggup menipu nama Bapa dan Mak sendiri? Adalah HARAM menyebut atau memanggil nama Perdana Menteri kita Mahathir Bin Mohamad kerana bapanya bukan bernama Mohammad. Kalau bapanya bernama Siskandar Kutty biarlah kita menyebut Perdana Menteri kita Mahathir anak lelaki Siskandar Kutty. Kenapa malu sangat akan nama bapa sendiri sehingga sanggup menipu seluruh dunia akan nama bapa sendiri? Bukan itu sahaja Perdana Menteri kita juga sanggup menipu keturunan dan agama Bapa dan Datok beliau sendiri. Datok kepada Mahathir ialah seorang Paderi Hindu yang terkenal di Cochin, India dan bapa beliau Alhamdulillah memeluk Islam hanya apabila berada di Tanah Melayu ditangan orang Melayu. (Ini akan didedahkan dimasa yang sesuai)

Bolehkah Anak India keturunan Paderi Hindu ini menjadi Juara Pepaduan Melayu??? Begitu bodoh pemikiran orang Melayu.

Tidak ada perpaduan melainkan PERPADUAN ISLAM dan jauhilah Perpaduan Nasionalisma yang dilaknati Allah dan RasulNya Muhammad s.a.w.

ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!!!

Salam Perjuangan dari: Awang Siber


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : [email protected]