Setelah menghadapi beberapa masalah, webreformis
kembali meyemarakkan perjuangan di alam cyber ini.
Sesungguhnya adat bagi mana mana perjuangan mesti ada
ujian dan dugaan, ujian dan dugaan ini adalah menguji
sebenar siapa yang tabah dan sabar. Manisnya
perjuangan apabila kita diuji dan kita sabar, manisnya
perjuangan apabila tekanan dan dugaan kita hadapi
dengan menyerahkan diri kehadapan Allah SWT.
Menoleh kebelakang seketika, kita dapati bagaimana
besarnya sumbangan para webmaster yang mengendalikan
berbagai laman web untuk kebangkitan rakyat diMalaysia
ini. Harus kita ingat bahawa dalam keadaan media kita
terkongkong laman weblah yang berfungsi menyalurkan
bukan sedikit maklumat megenai perbagai aktiviti
reformasi, bukan sedikit pendedahan demi pendedahan
yang dibuat oleh laman laman web, ambil sahaja contoh
terbaru kes Ketua Hakim Negara yang bercuti bersama
dengan seorang peguam ternama, yang mengendalikan kes
saman pelanggannya dan kebetulan didengar oleh Ketua
Hakim Negara diperingat Mahkamah Rayuan, Malaysiakini
mendedahkan bukan sahaja cerita, bahkan sekali dengan
gambar dan butiran perjalanan.
Fail rasuah Rafidah, surat 3 ahli koporat yang
mengaku meyimpan harta daim, didedahlan oleh laman top
reformasi, laman mahazalimtwo. Hanya 2 contoh kecil
dari ribuan contoh yang ada, menbuktikan bagaimana
laman web berfungsi untuk meyalurkan maklumat yang
cuba ditutup oleh pemerintah. Kita cukup hargai jasa
dan mengorbanan para webmaster, yang mengeluarkan duit
sendiri untuk berjuang, tanpa diketahui oleh sesiapa,
tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan, hanya Allah
yang dapat membalas jasa dan mengorbanan para
webmaster sekelian.
Dari kesempatan ini, pujian harus diberikan pada
webmaster Mindarakyat, saya sering perhatikan
bagaimana beliau membetulkan kembali salah silap sama
ada dari segi ejaan atau apa sahaja, untuk memudahkan
bacaan, banyak ertikel saya yang disunting oleh
saudara saya tersebut, hanya doa yang mampu saya
kirimkan, mudah mudahan Allah kuatkan semangat dan
tekad beliau. Juga laman tranung kita, yang
diupdatekan berkali kali setiap hari, segala maklumat
begitu pantas disalurkan.
Saya melihat bagaimana kuatnya keazaman dan tekad
saudara saudara saya para webmaster, lihat sahaja kes
baru baru ini, apabila pihak pegurusan tripod yang
tanpa sedar telah menamatkan perkhimatan laman. Para
webmaster bertungkus lumus untuk mengubah URL kepada
tapak server lain, walaupun ada ugutan dari unit IT
Bukit Aman, kita tetap berjuang dan sabar, bukankan
Allah berfirman "adakah kamu mahu mengaku beriman,
sedangkan kamu belum diuji?" lalu atas kepercayaan
bahawa iman itu hanya mampu kita capai setelah diuji
maka kita berusaha untuk terus berjuang. Percayalah
saudara saudara, setiap apa yang kita lakukan ini ada
pahalanya disisi Allah, setiap tulisan, setiap gerak
kerja kita untuk menumbangkan kerajaan nya zalim,
kerajaan yang merompak dan menindas rakyat, kerajaan
yang menolak syariat Allah, kerajaan yang menghina
kekasih Allah adalah JIHAD, yang termasuk dalam
perkerjaan yang dituntut oleh baginda Rasullah SAW.
Marilah dikesempatan tahun baru ini, kita nyalakan
lagi api perjuangan dengan lebih bersemangat. Mari
kita berazam agar sebelum tahun depan, pemerintah
diktator Mahathir kita boleh tumbangkan. Dengan apa
cara dan bagaimana kita serahkan pada rakyat biar
rakyat yang menentukan, kerja kita adalah menyalurkan
maklumat dan memberikan pengisian pada rakyat. Biar
saya tamatkan penulisan kali ini dengan kalimah;
WE WILL NEVER SURRENDER!
-irzaimi-
www,webreformis.cjb.net
27.03.01