Amat memalukan apabila seseorang itu cuba mengambil
puji-pujian dan 'tumpang sekaki' dengan sesuatu
kejayaan yang dilakukan oleh orang lain. Tetapi lebih
memalukan apabila ia cuba meng'hijack' sesuatu yang
dilakukan oleh orang lain - apatah lagi bila orang itu
adalah musuh ketatnya.
Tetapi inilah yang berlaku dalam kes Universiti Islam
Antarabangsa, satu projek bersama beberapa negara
Islam yang menghasilkan kewujudan kampus UIA di
Malaysia pada sekitar 1980 an. Orang yang
bertanggungjawab dalam memastikan ianya berjalan
lancar adalah Allahyarham Tun Hussein Onn dan kemudian
Anwar Ibrahim, bersama bekas Rektor UIA Abdul Hamid
Abu Sulayman (yang terus meninggalkan negara selepas
hampa dengan layanan yang diberikan kepada Anwar
selepas pemecatannya) - dua presiden UIA yang begitu
berjasa sehingga terdirinya kampus induk di Gombak.
Kini sejarah cuba ditulis semula. Tidak beberapa lama
dahulu, Mahathir dan balaci-balacinya cuba mengaku
bahawa Mahathirlah orang yang mendirikan dan
menjayakan UIA. Kemudian, selepas memalukan dan
mengaibkan Anwar dengan tuduhan jijik, seorang kaki
khalwat bernama Najib Razak diganti sebagai presiden,
kemudian, seorang kaki pukul, Sanusi Junid, mengambil
alih kerusi presiden. Inilah nasib yang menimpa UIA
yang terus mencemar imej pusat pengajian itu yang pada
satu ketika dulu sedang berkembang.
Yang terkini ialah satu lagi usaha jahat untuk
mengabui mata rakyat - iaitu "merasmikan" UIA oleh
Mahathir. Usaha ini didalangi oleh beberapa kerat
pro-Mahathir di Bahagian Khidmat Pengurusan
(Management Services Division) di UIA. Selepas hampur
20 tahun, adakah baru sekarang UIA dirasmikan? Apakah
UIA tidak pernah dibuka secara rasmi sebelum ini?
Boleh diterima sekiranya pihak penganjur mahu
merasmikan bangunan baru, tetapi untuk merasmikan
universiti adalah satu tindakan nakal dan tidak malu.
Semua staf, pensyarah, pelajar, bekas pelajar, serta
bekas pensyarah dan juga rakyat Malaysia diseru
menyalurkan bantahan mereka di atas kebiadapan terbaru
ini. Perasmian akan dilakukan oleh Mahathir pada hari
Selasa, 17 hb April, 2001, jam 9.30 pagi di Pusat
Aktiviti Kebudayaan UIAM, Gombak. Selain itu, beberapa
program juga diatur, dan antaranya, sesi soal-jawab
Mahathir bersama pelajar yang diluangkan hanya 30
minit sahaja!
TINDAKAN KITA!
Marilah kita beritahu isi hati kepada dalang-dalang di
sebalik jemputan kepada seorang yang begitu jelas
menghina undang-undang Islam dan mengenepikan segala
adab sivil dan Islam. Pihak penganjur belakun
seolah-olah tidak ada apa-apa pun berlaku di sepanjang
2 atau tiga tahun ini.
1. Bantahan boleh dibuat kepada Pengerusi,
Jawatankuasa Kecil Protokol, Majlis Perasmian
Universiti Islam Antarabangsa, HAJI IKRAM BIN
JAMALUDDIN.
2. Bantahan juga boleh hantar menerusi emel kepada
Norhani / Fauziah / Aznin di alamat norhani@iiu.edu.my
atau telefon 03-20564973 / 20564967
3. Dr Kamal Hasan, Rektor UIA - Tel: 03-2056 4000 /
2056 4800 Atau Faks: 2056 4997