As'salamualaikum Saudara Webmaster,
Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih
diatas siaran rencana tempoh hari. Dalam suasana
seluruh dunia tengah kelam-kabut terhadap indek Dow
Jones, kerajaaan dengan pekak dan dunggunya akan
membina Pusat Pameran & Pameran (NECC) di Subang kalau
tak silap belanja yg akan ditelan lebih kurang RM1
Billion dan mungkin akan atau telah di faraidkan kpd
Putra Perdana Construction. Projek ini akan disiapkan
dalam masa 18 bulan bayangkan berapakah jumlah aliran
tunai selama tempoh tersebut untuk projek TER GAJAH
PUTIH ini. Mungkin semua pengguna jalanraya di
Lapangan Terbang Subang telah perasan bahawa bangunan
international airport lama telahpun menyembah bumi
disebabkan oleh tangan manusia2 tamak dan haloba.
Duit siapakah ini sudah tentunya bukan milik mak bapak
atau seketurunan dengan mereka.
Sayugia diingat bahawa segala sandiwara demi sandiwara
telah dipentaskan kebelakangan ini hanya demi untuk
mengalihkan perhatian rakyat yg celik hati (mengapa
saya tak kata MATA kerana menghormati saudara kita yg
cacat penglihatan, tapi saya lebih bangga dgn mereka
walaupun tidak nampak mereka2 ini sanggup hadirkan
diri untuk mendengar ceramah2 BA. Rupanya mereka
lebih peka terhadap keadaan politik semasa drp
penyokong U*N* yg totok dan menyokong dengan
mengkhinzir buta.
Cukuplah tu wahai MAHAFIRAUN dan rakan2. Kamu
pandanglah kebelakang walau sesaat lihatlah apa yg
jadi dengan kemegahan kamu seperti Staduim Bukit
Jalil, Stadium Melawati, Litar F1, KLIA, KLCC,
PERWAJA, yang lain2 tu kamu orang ingatlah sendiri.
Ingatlah sama mati esok bawa kain kapan aje, kubor pun
saiz sama aje, batu nesan pun dua juga (itu pun kalau
ada terpacak) tak usah dok megahlah dengan TER...
TER... hang tu. Jangan dok perasan hang akan
disanjung dalam slot Hari Ini Dalam Sejarah. Sejarah
hang ni Sejarah yg hitam legam entah berapa keturunan
hang dan geng2 hang yang akan dapat aib di kemudian
hari pikirlah sikit. Oops sebelum terlupa mungkin
MAHAFIRAUN akan kata Dato' Sri' Anwar tu, dia sendiri
boleh buat pembedahan kalau ada masa. Joke2 bodoh
MAHAFIRAUN nilah yg sebenarnya kita akan rindukan
apabila dia dah tersungkur nanti. Patut MAHAFIRAUN
dianugerahkan award "THE BEST JOKER @ CLOWN IN THE
WORLD" selepas dia jatuh nanti.
Sekian, wassalam.