Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Dollah Badawi Cuba Pesong Aqidah

Nampaknya semakin ramai orang UMNO yang bercakap ikut sedap rasa yang lebih bermotifkan politik tanpa mengambil kira hukum Islam. Dollah Badawi dalam mengulas Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa yang bermaksud.. " fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa hendaklah diikuti oleh semua negeri tak kira negeri yang diperintah oleh PAS atau BN dan jangan hanya memilih yang disukai saja...."

Terlintas pulak difikiran yang Dollah Badawi ni hanya mengiktirafkan Majlis Fatwa sahaja kah dan tidak mengiktirafkan Al Quran dan Al Hadis. Sebabnya apa yang difatwa adalah pendapat ulama yang mana tiada hukum yang jelas termaktub dalam Al Quran.

Bagaimana arak, judi, riba perlukah fatwa dikeluarkan baru Dollah Badawi nak ikut. Dan bagaimana pulak fatwa rokok itu haram yang telah lama dikeluarkan oleh dulu, kenapa sampai sekarang tak dikuatkuasakan.

Kesimpulannya Dollah Badawi ni rupanya tak faham Islam.Dollah perlu cermin diri dulu sebelum bercakap. kalau begitu tak hairanlah selepas kecewa kerana tidak dapat mengharamkan penggunaan nama Islam, maka serangan dilancarkan kembali kepada PAS dalam isu "Amanat TG Hj Hadi".


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com