Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ADUN Umno bebas, Azizah pula menjadi target!

Tragedi ADUN Umno Beranang, Ahamad Kuris mengacukan pistol kepada seorang pemilik tanah di Bukit Kundang, Jaafar Arif, ketika beliau hebat berkempen untuk menentang Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, bukan perkara baru dalam Umno.

Biasalah, itu baru acu pistol, bukan tembak lagi. Polis pula pasti tidak akan mengheret Kuris ke mahkamah kerana dia orang besar, sedangkan Jaafar hanya rakyat biasa, bekas pemandu di JPM. Berbakul-bakul laporan polis dibuat kepada pemimpin atasan Umno, semuanya akan dibakulsampahkan saja.

Malah, kalau benar Jaafar ditembak sekalipun, pastilah kita akan dengar bahawa ADUN Umno itu terpaksa berbuat demikian untuk mempertahankan diri. Bukankah itu yang kita baca dari kes pembunuhan di Seremban, yang mana seorang taukeh Cina dibebaskan dengan ikat jamin walaupun terbabit dengan pembunuhan -- hanya kerana masalah parking kereta. Menurut sumber, orang kuat Jabatan Peguam Negara, Ghani Patail telah dirasuah berjuta ringgit.

Pendakwaan terpilih, penyiasatan terpilih ke atas laporan-laporan polis adalah fenomena biasa sekarang. Kalau orang bawahan terbabit, apatah lagi kalau pemimpin pembangkang boleh disabitkan, cepat-cepat saja polis akan menyiasat, kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diambil tindakan.

Dan tunggulah penyiasatan pihak polis ke atas empat pemimpin utama Barisan Alternatif yang telahpun disoalsiat ekoran kenyataan akhbar bersama mengenai tragedi kampung Medan.

Polis hanya menunggu kesempatan terbaik untuk mensabitkan, khususnya isteri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Ismail dengan kesalahan di bawah Akta Hasutan. Sila rujuk berita AFP, 23 Mac lalu:

"The wife of jailed ex-DPM said she expected to be the latest target of a police probe into alleged sedition by Malaysian opposition leaders."


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com