Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Islamic Co-operation Most Wanted

Kepada semua saudara-saudari yg beragama Islam,

Sejarah telah lama membukti bahawa mereka yg membawa mesej Islam dalam mendaulahkan sebuah negara pasti akan menerima pelbagai halangan dan rintangan. Begitulah para persatuan, pimpinan, kumpulan atau gerakan yg cuba utk mengamalkan Islam pasti akan menerima nasib yg sama.

Oleh itu kerjasama daripada pihak-pihak yg mengaku diri mereka lebih Islamik perlulah tampil dalam memberi sokongan kepada pemerintahan Islam, politik Islam, ekonomi Islam, pendidikan Islam dan sebagainya. Hanya satu saya ingin ingatkan......Islam itu Syumul, bersifat Alami, global, Islam yg kita anuti dan fahami bukanlah bersifat Juz'ie, terpisah-2, sebahagian sahaja yg perlu diikuti, bukan begitu.......

Janganlah sesuatu pihak (jemaah) memperkecilkan yg lain, mungkin ada kelemahan dari sebelah pihak dan begitulah sebaliknya, kita ambil apa yg telah diturunkan oleh Allah, iaitu Quran dan Hadith, maka setiap perkara yg ingin kita lakukan mestilah berpandukan Quran, Hadith, Ijma, Kias dll. Jgn hanya mengambil hadith-2 berbentuk fadhail amal ataupun kelebihan/keutamaan amal ini sahaja, bukalah kitab hadith lain yg muktabar.

Marilah kita bersama-2 berfikir utk memajukan Sistem Islamik yg global, sedangkan di Afrika boleh dilaksanakan hukum syariat, mengapa kita tidak???...Hukum Islam tidak susah seperti susahnya Hukum Conventional ciptaan manusia. Kita perlu tanamkan usaha utk memartabatkan Islam di negara ini, kita perlu berusaha sampai ke liang lahat, hasilnya kita serahkan kepada Allah.

Marilah bersama perjuangan Islam. Bersama-sama dalam merealisasikan Islam di negara kita.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com