Hukuman Hudud adalah hukum Allah yang disebutkan nasnya di dalam al-Quran dan Hadith wajib dikenakan ke atas penjenayah syariah jika sabit keselahannya di dalam mahkamah dan tidak menimbulkan sebarang keraguan di pihak hakim, kerana hukuman Hudud itu adalah seadil-adil hukuman yang telah ditetapkan dan ditentukan hukumannya oleh Allah dan RasulNya di dalam al-Quran dan Hadith yang wajib dokenakan ke atas penjenayah syariah yang tidak boleh ditukarganti dengan hukuman denda atau penjara.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan dan dijatuhkan hukuman Hudud ke atas penjenayah syariah yang disebutkan dalil-dalilnya di dalam al-Quran dan Hadith ialah:-
1. Berzina - persetubuhan tanpa nikah yang sah. Hukumannya disebutkan dalam surah an-Nur ayat 2.
2. Qazf - menuduh orang berzina. Hukumannya disebutkan dalam surah an-Nur ayat 4
3. Minum arak atau minuman yang memabukkan. Hukumannya disebutkan dalam Hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh imam Muslim dari riwayat Sayyidina 'Ali bin Abi Talib.
4. Pencuri - Hukumannya disebutkan dalam surah al-Maidah ayat 38.
5. Murtad - Hukumannya disebutkan dalam Hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dari riwayat Ibnu 'Abbas r.a.
6. Merompak - Hukumannya disebutkan dalam surah al-Maidah ayat 33 dan 34.
7. Memberontak kepada Ulil Amri yang 'adil dan yang menjalankan hukum Allah yang berdalilkan al-Quran dan Hadith. Hukumannya disebutkan dalam surah al-Hujurat ayat 9.
Buktikan UMNO Tidak Kafir ! dengan membawa Kes DSAI ke mahkamah Syariah, bukannya membiarkan Kes DSAI diadili oleh mahkamah dan hakim berdasarkan hukum Thagut yang tidak berpandukan hukuman Hudud (hukum Allah). Sekiranya pertuduhan liwat (zina) DSAI yang diadili oleh mahkamah Syariah tidak dapat membuktikannya kebenaran pertuduhan terhadap DSAI maka orang yang menuduhnya (PM) pula perlu dihadapkan ke mahkamah Syariah atas tuduhan Qazf dan perlu dihukum dengan hukuman Hudud yang ditentukan Allah. Yang jelas pertuduhan sengaja dihadapkan ke mahkamah Thagut sekadar untuk membenarkan pertuduhan konspirasi ke atas DSAI demi kepentingan dan kelangsungan cengkaman kuasa politik penuduh.
Berdasarkan kenyataan dan penjelasan tersebut jelas menunjukkan dakwaan mereka yang mengatakan hukuman Hudud itu tidak 'adil dan mencetuskan huru-hara adalah suatu dakwaan yang mendedahkan diri mereka tidak memahami mafhum dari mantuq nas-nas al-Quran dan Hadith, dan menunjukkan keingkaran mereka menerima hukum Allah dengan mendustakan ayat-ayat keterangan Allah, di mana mereka yang ingkar menerima hukum Allah (hukuman Hudud) akan dimasukkan ke dalam neraka.
Firman Allah S.W.T.
" Sesungguhnya orang-orang yang kufur - ingkar kepada ayat-ayat (keterangan-keterangan) Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain, supaya mereka dapat merasakan 'azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. - (Surah an-Nisa' : 56)
Dan Allah menyatakan juga dalam surah al-A'raf ayat 40 dan 41. Orang-orang yang angkuh dan ingkar menerima hukum Allah dengan mendustakan ayat-ayat Allah (hukum Allah) yang disebutkan keterangan dan nasnya di dalam al-Quran dan Hadith, semasa hidup mereka tidak diterima Allah do'a dan 'amalan mereka itu. Dan semasa matinya tidak dibukakan pintu langit kepada rohnya sebagaimana dibukakan kepada roh orang-orang yang beriman.
Firman Allah S.W.T.
"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu langit (tidak dibukakan kepada roh mereka, sebagaimana dibukakan kepada roh orang-orang yang beriman) dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk di lubang jarum (suatu bandingan yang menunjukkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan yang angkuh tidak sekali-kali akan dapat masuk syurga). Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. -(Surah al-A'raf : 40-41).
Mahfum dari mantuq friman Allah S.W.T. tersebut memberi fahaman yang jelas: Orang-orang yang angkuh (merasa dirinya lebih berkuasa) dan ingkar menerima hukum Allah (menolak hukuman Hudud) tidak akan masuk syurga kerana keangkuhan dan keingkaran mereka menerima hukuman Hudud itu yang menyebabkan mereka menjadi kafir penghuni neraka selama-lamanya.
Dan dalam firman Allah S.W.T ini juga, Allah membandingkan orang-orang yang angkuh, ingkar menerima hukum Allah dan mendustakan ayat-ayat (keterangan Allah) tidak akan masuk syurga hingga unta masuk dilubang jarum adalah juga menjadi dalil bahawa mereka yang menolak hukuman Hudud dan mengatakan hukuman Hudud itu tidak 'adil akan kekal di dalam neraka selama-lamanya, kerana keangkuhan mereka terhadap Allah dan mendustakan serta menolak hukuman Hudud yang disebutkan dalil-dalilnya di dalam al-Quran dan Hadith. Ini telah ditegaskan Allah di dalam firmanNya:
"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. Maka tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berbuat dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah (malaikat itu kepada mereka): Manakah (benda-benda) yang kamu sembah selain Allah ?. Mereka menjawab: Segala benda itu telah lenyap daripada kami, dan mereka pula menyaksikan (mengakui) terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka telah menjadi orang-orang yang ingkar". -(Surah al-A'raf : 36-37)
Firman Allah S.W.T. tersebut dengan tegas menyatakan: Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (keterangan Allah) dan mereka yang angkuh merasakan dirinya lebih berkuasa daripada Allah, mereka itu adalah ahli neraka, dan kekal di dalamnya. Dan tidak ada orang yang lebih zalim daripada mereka yang mendustakan ayat-ayat (keterangan Allah). Dan mereka yang melawan hukum Allah yang disebutkan dalil-dalilnya di dalam al-Quran dan Hadith adalah orang yang melawan Allah dan mereka adalah murtad.
Mengenai orang yang angkuh yang merasa dirinya lebih berkuasa daripada Allah, iaitu mereka mendakwa bahawa ia berkuasa melakukan sesuatu perbuatan mengikut kehendak dan tadbirnya sendiri sebagaimana Fir'aun mendakwa dan mengaku bahawa ia lebih berkuasa dari segala-galanya yang menyebabkan Fir'aun mengaku dirinya Tuhan. Ini telah dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:
"Maka Fir'aun berkata: Akulah Tuhan kamu yang tertinggi". -(Surah an-Nazi'at : 24)
Pengakuan Fir'aun ini adalah pengakuan orang yang angkuh, degil dan orang yang tidak mahu menerima perkara-perkara yang hak dan benar, walaupun Allah telah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s. dan mengutus Nabi Musa menjadi Rasul bagi orang-orang Yahudi dengan memperlihatkan mukjizat Nabi Musa kepada Fir'aun, tetapi Fir'aun tetap ingkar kepada kitab Taurat dan kerasulan Nabi Musa a.s., maka akibatnya Fir'aun ditimpa 'azab seksa di dunia dengan ditenggelamkan bersama-sama orang-orangnya di laut, dan diseksa di akhirat dimasukkan ke dalam neraka.
Oleh itu bagi orang-orang yang beriman, walaupun mereka merasa dirinya berkuasa melakukan sesuatu perbuatan mengikut kehendak dan tadbir mereka sendiri, janganlah mengaku dirinya Fir'aun atau Maha Fir'aun, kerana pengakuan mereka itu adalah bermakna mereka telah mengaku dirinya Tuhan sebagaimana pengakuan yang dibuat oleh Fir'aun dalam firman Allah yang lalu (Maka Fir'aun berkata: Akulah Tuhan kamu yang tertinggi).
Nauzubillahiminzalik - Berlindunglah kita dari pengakuan itu.
Maka kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal agama Islam, kepada Penasihat Agama kepada PM, kepada Pengerusi Majlis Fatwa dan Mufti-Mufti sedarkanlah orang yang terang-terangan mengaku dan menerima jolokan Maha Fir'aun kepadanya ini. Dalampada itu tolonglah nasihatkan Ularmak Upahan UMNO yang bergelar Astora Jabat yang mempersetujui jolokan tersebut untuk PM dengan menegaskan bahawa Maha Fir'aun ini ialah Fir'aun yang baik !. Sesungguhnya tulisan Astora Jabat ini boleh memesongkan aqidah umat Islam di Malaysia ini. Hentikanlah segera usaha merepeknya yang boleh menyesatkan umat Islam melalui tulisannya dalam ruangan Bicara Agama di Mingguan Malaysia itu. Ada baiknya ruangan ini dipenuhi dengan tulisan ilmiah berteraskan ILMU ISLAM YANG TULIN BERSUMBERKAN DALIL NAQLI AL-QURAN DAN HADITH daripada tuan-tuan yang berotoriti dalam membicarakan perkara dan isu tentang agama Islam !.
posted by: habibu@hangjebat.com