Merujuk Ucapan MP Kemaman Di Parlimen.
HUTANG RM 1 TRILLION … satu bahasa kewangan yang baru muncul dalam sejarah ekonomi Malaysia … dan lebih 80% rakyat marhaen tidak kenal itu apa dia TRILLION…tetapi apabila MP Kemaman menyebutnya di dalam Parlimen Malaysia ….aku duduk tersentak dan termenung jauh … sampai sebegitu banyak hutang dalam dan luar kerajaan BN sehingga hari ini……fuuh! tak ku sangka sampai sebegitu banyak … rasa-rasanya atuk dan nenek serta ibu dan ayahku sendiri tidak pernah dengar serta kenal apa itu dia RM 1 TRILION …… kalau ku ceritakan pada mereka … nescaya terkejut beruk mereka untuk menghitung jari tangan dan kaki untuk menghitung jumlah tersebut.
RM 1 TRILLION dibahagi 20 juta rakyat Malaysia = RM 50,000.00 …. Bermakna setiap orang rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawap untuk melunaskan hutang kerajaan BN dalam dan luar negara …. Jika gagal hutang ini akan diwarisi oleh keturunan mereka….!!!! Tak pee….. Bumiputra Commerce ada…????
Apakah maknanya ekonomi negara yang telah pulih seperti yang didakwa oleh pemimpin UMNO@BN …… adakah ia sandiwara tipu bontan yang didendangkan oleh mereka kepada rakyat marhaen…dalam sejarah pemerintahan 3 Perdana Menteri Malaysia sejak merdeka …. ini adalah satu jumlah yang terbesar yang pernah tercatit diatas kertas jumlah sebenar nilai hutang kerajaan dalam dan luar negara….???? Kalaulah ketiga-tiga Perdana Menteri ini masih hidup nescaya mereka akan turut mengalirkan air mata pilu akibat dari kesilapan memberi peluang kepada seorang pemusnah bangsa yang bernama Mahathir@Mahafiraun menjadi ahli politik serta berkuasa ditanah Melayu ini……apakan daya nasi telah menjadi bubur……hasil dari penulisan buku " Delima Melayu " telah direalisasikan oleh rakyat dan bangsa Malaysia sendiri tanpa rasa curiga dan bersalah kerana bersama-sama Mahathir@Mahafiraun mengadai maruah dan harta rakyat marhaen kepada penjajah ekonomi.
Diatas nama BON….SAHAM…..dan pelbagai istilah kewangan digunakan untuk mengaburi mata rakyat marhaen dalam projek MEGA Mahathir@Mahafiraun memfaraitkan harta rakyat marhaen kepada kroni dan juak-juaknya…..!!!!! Apakan ini satu kebanggaan dalam slogan " MALAYSIA BOLEH " seperti yang dilaung-laungkan oleh para juak-juak dan penjilat UMNO@BN serta Presidenya……!!!!! Apakan selama ini mereka hanya boleh membalun dan raya sakan segala khazanah bumi milik bersama rakyat dan bangsa Malaysia … demi periuk nasi kroni dan rakan-rakan yang sama waktu denganya……????
" Menang Sorak… Kampung Tergadai " … satu pepatah melayu yang dalam maknanya …… tapi hari ini ia telah menjadi kenyataan buat 22 juta rakyat dan bangsa Malaysia …. Kita bersorak sakan " Malaysia Boleh " …. " Hidup Mahathir "… " Hidup Islam "…. "Hidup Melayu "…… " Takbir " ….. " Reformasi "………" Hidup Pas "……"Hidup UMNO"…. " Hidup KeADILan " ……. Dan bermacam-macam slogan dan laungan kita jeritkan …… tapi…rupa-rupanya …… Tanah Air ku yang tercinta Malaysia telah tergadai kepada penjajah ekonomi angkara sekumpulan manusia rakus yang diketuai oleh Mahathir@Mahafiraun ……!!!!!!
Dan hari ini pelan pemulihan ekonomi negara yang dicadangkan oleh Mahathir@Mahafiraun juga telah sekali lagi membuktikan kerajaan UMNO@BN menipu rakyat marhaen selama ini dengan janji palsu " EKONOMI TELAH PULIH " ……..????? apa yang dilihat pelan pemulihan kali ini adalah menyarankan rakyat marhaen berbelanja mewah agar syarikat kroni mereka akan terus mampu untuk hidup ….. kenapa perlu potong 2% caruman pekerja dalam EPF .. kenapa tiada bayaran cukai RM 50 setiap kad kredit … dan kenapa pula kerajaan mengalakkan rakyat marhaen berbelanja lebih…….????? YANG SEPATUTNYA MEREKA LAKUKAN ADALAH MENGAJAK RAKYAT MARHAEN BERJIMAT CERMAT SERTA MELARANG RAKYAT MARHAEN MEMINJAM DARI INSTITUSI KEWANGAN … LEBIH MEWAH BERBELANJA DAN BERHUTANG IA KAN LEBIH MENJERUT LEHER RAKYAT MARHAEN ITU SENDIRI …???? TETAPI INI TIDAK BERLAKU ….. MEREKA MENGALAKKAN RAKYAT BERHUTANG DAN BERBELANJA LEBIH ….. apa punya jenis pemerintah macam ni….???? Inilah dia pemusnah dan perosak rakyat dan bangsa Malaysia selama ini yang dipuja dan dipuji oleh mereka-mereka yang hanya mahukan kekayaan dan kemewahan dengan segera tanpa memikirkan kesejahteraan rakyat marhaen.
RM 1 TRILLION KINI SUDAH TIDAK BERNILAI LAGI BAGI MEREKA-MEREKA YANG DIGELAR PEMERINTAH SERTA AHLI POLTIK …. WANG YANG SEBANYAK ITU HANYA DIJADIKAN SEBAGAI PATUNG ANAK-ANAK KECIL BAGI MEREKA….????? DIMANAKAH JANJI-JANJI MANIS MEREKA SEBELUM PILIHANRAYA UMUM 1999…. DAN INI SEMUA KERANA SLOGAN "MALAYSIA BOLEH" DAN " DASAR PENGSWASTAAN NEGARA" .. AKHIRNYA NEGARA DAN RAKYATNYA TERGADAI.
" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO "
28HB.MAC.2001
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL