Berita depan dalam akhbar The Sun hari ini ( 9. 3 . 2001 ) bertajuk ' Umno wants unity talks to
discuss Malay privileges, Islam and status of rulers ' sebagai memetik kata-kata dari jin tua itu.
Memang tak salah kata ramai yang berkata jin tua ini dah nyanyok @ sewel. Zaman jin tua inilah hak istimewa orang Melayu , kesucian Islam dan kedudukan raja-raja telah dipinda ,
dirombak, dilucutkan dan dipersendakan. Dialah yang bertangungjawab keatas semua itu. Kerana dah nyanyok @ sewel , dia lupa apa yang telah dilakukannya.
Di zaman Tunku dan
Tun Razak dimana negara hanya bergantung kepada getah , kelapa sawit dan bijih timah sebagai punca pendapatan , namun kerajaan dibawah kepimpinan kedua- dua negarawan itu
mampu memberi biasiswa kepada anak-anak Melayu yang memasuki universiti kerana itu adalah salah satu hak istimewa orang-orang Melayu. Tetapi hak istimewa ini telah dihapuskan
oleh jin tua ini. Begitu juga dengan tanah rezab Melayu dan banyak lagi. Mengenai Islam pula,
zaman jin tua inilah Islam benar-benar tercabar dan ternoda. Masalah murtad berlaku secara
leluasa.
Mungkin ramai diantara kita sudah lupa tentang nasib Aisyah yang hilang entah
kemana. Jin tua inilah yang mempertahankan bertanding ratu cantik dengan membuka aurat
tidak salah. Malah ulamak-ulamak yang mempertahankan hukum Islam pula dikatakan kolot.
Mengenai status raja-raja pula, rakyat masih ingat lagi bagaimana disebabkan hoki
yang berlaku diantara guru hoki ( Fernendez ) dengan anak sultan Johor , lalu jin tua ini merayau keseluruh negara mengajak rakyat membenci golongan istana. Setiap hari akhbar
milik umno menyiarkan berita salah laku, pemborosan , pemilikan harta dan kemewahan hidup
raja-raja. Malah saya masih ingat bagaimana utusan meloya menyiarkan gambar ( kartun )
kawasan hutan yang telah digondolkan berbentuk kapal terbang yang ditujukan kepada
kerabat diraja Pahang dimuka surat depan. Kemuncaknya kekebalan raja-raja dilucutkan.
Hari ini jin tua mengajak orang Melayu mempertahankan benda yang sudah tiada. Tidakkah
itu gila namanya ? Biar jin tua ini jadi sasau @ semi gila. Oleh itu jangan terperanjat jika 10 perkara yang dikatakan oleh jin tua ini , jumlah yang tak betul ialah 12. Maknanya kata-kata
dan janji-janji dari jin tua ini tak boleh dipakai.
Yakinilah kita akan dapat melihat balasan di dunia dari Allah yang bakal diterima oleh jin tua ini. Semoga ianya akan menjadi iktibar kepada pemimpin umno yang lain. Kemuncak perjuangan kita ialah apabila umno menjadi pembangkang. umno mulai sekarang belajar-belajar
lah jadi pembangkang.
KERIS TAMBING SARI