Mahathir adalah seorang PM yang kuat berimaginasi. Dalam isu pertemuan Melayu di sedar bahawa sokongan terhadapnya kian menurun khususnya selepas pemilu 99. Maka Mahathir pun berfikir bagaimanakah caranya untuk mengembalikan sokongan Melayu yang kian terhakis itu. Dia sedar akibat kesilapan-kesilapannya yang banyak itu tidak memungkinkan baginya untuk meraih kembali sokongan Melayu. Setelah puas dia berfikir, maka diarahnyalah seorang ahli akademik memulakan isu pertemuan ini supaya tidak kelihatan ia berasal dari orang yang korup dalam politiknya. Ahmad Fauzi pun memulakan gendangnya sambil menyatakan pertemuan Melayu itu penting kerana Melayu kini diambang perpecahan. Apalagilah yang ditunggu, maka Mamak Maathir pun menyambut paluan gendang itu dengan harapan akan terjadi satu pertemuan antara Umno, Pas dan Keadilan yang mungkin akan mengembaikan semula potret politiknya yang luka itu.
Sedang asyik berimaginasi, Mahathir tersentak bila Keadilan dengan tegas tidak menyetujui pertemuan itu. Tinggal kini hanya Pas. Dia membayangkan bahawa sekali ini dia akan dapat menjerat Pas yang dianggapnya tidak begitu mahir dalam strategi politik. Tetapi Mahathir silap duga. Rupanya Pas juga licik berpolitik dengan mengenakan syarat terlebih dahulu iaitu Umno/Bn mestilah menggugurkan tuntutannya untuk membuang nama Islam dari parti politik dan pertubuhan. Kedua Mahathir mestilah mengembalikan penerbitan Harakah, lidah rasmi Pas dari dua kali sebulan kepada lapan kali sebulan seperti dahulu. Ke tiga Mahathir/Bn mestilah mengembaikan wang royalti Petronas kepada Terengganu yang kini bertukar menjadi ihsan. Apa yang Mahathir fikir?. Aduh beratnya permintaan Pas kali ini! Mahathir merasa ini adalah satu ugutan dari Pas, ia bukannya prasyarat untuk pertemuan Melayu seperti yang diangan-angankannya.
Maka Mamak Mahathir itu pun memulakan strateginya untuk melemahkan Pas dengan menyerang Pas habis-habisan. Pas rasuah syurga pada rakyat untuk menarik rakyat menjadi ahli dan mengundi Pas. Inilah satu tuduhan yang tidak masuk akal. Menjanjikan syurga bukan janji Pas. Ia adalah janji Islam kepada pengikutnya yang ikhlas memperjuangkan Islam dari dihapuskan dari muka bumi ini. Di mana-mana di dunia ini orang-orang Barat dan Timur sedang berusaha untukmenghapuskan Islam dari muka bumi ini kerana mereka tahu Islam nanti akan muncul sebagai satu kuasa politik yang kuat seperti di zaman awal Islam dahulu. Dan hanya Islam sahaja yang mampu menyekat pengaruh mereka.
Dengan syarat itu, tiga syarat dari Pas itu Mahathir kini serba salah. Jika tidak bertemu kemungkinan kerier politiknya tidak dapat diselamatkan. Untuk bertemu pula syaratnya terlalu sukar untuk dipenuhi . Umpamanya soal royalti, jika diberi hak kembali kepada kerajaan Terengganu akan royalti berkenaan, pastilah Pas akan dapat kekuatan ekonomi yang mungkin akan menyusahkan BN/Mahathir sendiri dan akan cepat lagilah berkuburnya Umno/Bn itu. Inilah dilema Mahathir yang satu ketika dulu dia mengatakan orang Melayu dalam dilema melalui bukunya Dilema Melayu. Dengan begitu, apakah yang Mahathir harus lakukan. Barangkali imaginasi selanjutnya dari PM tua itu ialah memusnahkan Pas dan parti komponen Alternatif dengan menyerang Barisan Alternatif habis-habisan. Buktinya Ezam ditangkap pada malam Hari Raya Korban. Ramai pemimpin Keadilan ditangkap walaupun kemudian dibebaskan dengan ikat jamin. Pada Mahathir, impiannya ialah supaya Barisan Muda Alternatif dapat dikucar-kacirkan dan PM/Umno/BN akan kelihatan kembali kuat.
Dalam peristiwa Kg. Medan, Mahathir dan kuncu-kuncunya cuba untuk mengkambing hitamkan Barisan Alteratif, dengan mengatakan BA sengaja memperbesar-besarkan jumlah kematian di Kg.Medan.Walhal masalahnya yang sebenar adalah Kg. Medan terpinggir di tengah-tengah kerancakan pembangunan negara. Mahligai airmata rakyat di Putra jaya tidak lebih dari sebuah ilusi bagi penduduk Kg.Medan. Begitu juga dengan Bangunan Berkembar, KLCC, KL Sentral , LRT Putra, Proton Saga dan Proton Waja, Projek Monorel, Jalan Bertingkat yang tumbuh macam cendawan dan sebagainya yang kesemuanya itu hanyalah mimpi-mimpi siang hari bagi penduduk Kg.Medan Yang jelas, mereka tertinggal dari arus pembangunan yang sibuk diwar-warkan oleh Mahathir bahawa Malaysia adalah bakal negara maju pada tahun 2020. Inilah inti masalah di Kg. Medan itu. Pergaduhan kecil itu hanyalah satu manifestasi dari rasa tidak puas hati bagi mereka yang terpinggir dari arus perdana pembangunan negara yang dinikmati hanya oleh segelintir golongan tertentu.
Demikianlah Mamak Tua itu. Dia tidak mahu gagal begitu sahaja dalam isu pertemuan Melayu. Kalau Umno menerima kesannya, Pas dan Barisan Alternatif juga harus menerima kesannya. Sama-sama untung, sama-sama rugi. Mahathir tidak mahu rugi keseorangan. Sebab itu Barisan Alternatif mesti diganyang habis-habisan. Dan sehingga ini mamak tua itu berjaya sedikit dalam misinya itu. Tetapi dia sendiri pun di asak oleh orang dalam,orang kuatnya sendiri. Paklah pasti tidak melepaskan peluang untuk merebut kerusi yang bakal dikosongkan oleh PM itu. Kalau tidak ia akan terlepas peluang yang datang hanya sekali dalam hidup ini. Paklah tentu sedang merancang sesuatu untuk mempastikan tempatnya itu.
Tetapi Mahathir berhak berimaginasi. Biarkanlah ia terus dengan imaginasinya. Imaginasi adalah sebahagian dari hidupnya. Hidup seorang ahli politik yang korup. Hidup seorang ahli politik di mana kariernya hampir ke penghujung lewat usianya yang kian dimamah tua. Apakah pula imaginasi Mahathir tua itu selepas ini. Sama-samalah kita tunggu dan menilai kata-kata dan pergerakannya. Mungkin ada sesuatu yang menakjubkan atau pun melucukan!
AlKundangi,
24.3.2001