Akan lahirkah negara Turki kedua di bumi Malaysia ini??? Nampaknya Umno sudah sampai kekemuncak kedajalannya. Selepas segala jenis kezaliman dilakukan keatas rakyat terbanyak kini ugama sendiri diperjudikan, dipersenda malah ditekan tanpa memikirkan akibatnya serta bala yg akan menimpa kita semua. Sebelum ini kita cuma mendengar salah satu pra-syarat PAS sebelum pertemuan Umno-PAS supaya Umno menggugurkan hasratnya untuk membuang nama Islam dalam Parti Pas dan dalam mana-mana pertubuhan atau persatuan. Sekarang apa yg mereka niatkan telah pun mereka utarakan tanpa sedikit pun rasa malu malah takut dilaknati Allah. Ini bermakna mereka sendiri yg merencanakan matlamat untuk membuangkan nama Islam itu. Sebaliknya bila isu ini timbul mereka mengatakan ini adalah kehendak raja-raja bukan kehendakan mereka dan kepentingan politik mereka. Adakah semua alasan ini kita percaya? Bagaimana pula dgn ulamak Umno dan ahli-ahli Umno keseluruhannya, adakah anda pun turut setuju? Inilah jasa paling besar yg Umno, raja-raja dan mufti-mufti lakukan kepada Negara dan bangsa Melayu sekiranya ia menjadi kenyataan. Bolehkah hati kecil kita memuji dan berbangga atas jasa itu?
Kita semua dapat meramalkan keputusan yg bakal dibuat oleh raja-raja dan mufti-mufti yg telah dibeli dan di rasuah oleh Umno . Adakah mereka akan bertindak adil? Bolehkah kita percaya bahawa raja-raja dan mufti-mufti tidak akan dipengaruhi dan mengikut telunjuk Umno? Jawapannya:- Ya, akhirnya mereka ini raja dan mufti akan bersetuju supaya nama Islam dalam PAS digugurkan (maaf kalau ramalan salah). Sebabnya mereka takut pada Umno. Dalilnya:-
1. Masalah murtad, kita tidak dengar pun suara dari raja-raja dan juga
mufti-mufti untuk membenteras gejala tersebut apa lagi mengeluarkan
fatwanya. Mereka takut pada siapa, Allah atau Umno?
2. Isu ratu cantik di Selangor, apa reaksi raja-raja dan lain-lain mufti
sehinggakan mufti yg menjalankan amanah dipecat. Mereka takut pada
siapa, Allah atau Umno?
3. Kes bekas Ketua Menteri Melaka, Raja dan mufti senyap sepi. Perogol
bebas pembela masuk penjara. Takut pada siapa, Allah atau Umno?
4. Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau difitnah dan diaibkan tanpa belas
kasihan lansung oleh Umno, pembesar negara, polis, peguam negara, malah
hakim-hakim. Adakah raja dan mufti masuk campur bagi menentukankan
undang-undang dijalankan secara adil dan saksama, takut pada siapa , Allah
atau Umno?
5. Peristiwa 'The Ship', adakah raja dan mufti menggunakan kuasa yg
mereka ada setelah JAIS sendiri dipersendakan oleh anak dan cucu seorang
ulamak, Pak Lah Badawi. Takut pada siapa, Allah atau Umno?
6. Judi dan Arak, sebagai ketua ugama, adakah raja dan mufti
ambil berat tentang maksiat ini. Takut pada siapa, Allah atau Umno? Malah
ada raja-raja yg bermaharajalela dengan benda tersebut.
7. Segala jenis maksiat, salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan,
terang-terang dilakukan dan mempunyai bukti nyata. Adakah berani ditegur
atau sekurang-kurangnya dinasihati oleh raja-raja dan mufti-mufti? Takut
pada Allah atau Umno?
Dengan itu tak usahlah kita orang melayu dan umat Islam di Malaysia ini, tak kiralah samada dia dari orang BA, orang Umno (yg sudah insaf dan sedar) atau golongan yg tidak berparti sekali pun mengharapkan raja-raja dan mufti-mufti dapat "menidakkan" kemahuan Umno itu. Sememangnyalah mereka selama ini pun tak takutkan Allah macam mereka takutkan Umno. Ada pun yg paling mereka takut di alam ini adalah Dr. Mahathir @ Mahafiraun kerana mereka fikirkan Mahafiraun inilah memberikan mereka rezeki dan segala-galanya. Mungkin para mufti lebih arif tentang rezeki ini!!? Selepas ini sama-samalah kita tunggu bala yg bakal di turunkan oleh Allah kepada kita semua.
Jadi sebelum malapetaka menimpa kita, keluarga, saudara dan umat kita, adalah menjadi tanggung jawab kita semua mempertahankan Islam dari di"low class"kan oleh mereka yg lupa diri itu. Kepada mereka yg mempunyai kuasa, gunakanlah kuasa kamu untuk menghalangnya. Bagi kita yg tak punyai apa-apa, satukan tenaga dan fikiran kita untuk menyahut jihad ini. Sekiranya kita bersatupadu insya'allah "musuh" ini dapat ditundukkan dan Islam diletakkan ditempatnya.
locos11.