Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Samy: Fights could have been planned Soal siasat dia segera

Nampaknya kejadian mencederakan orang awam dengan secara tiba-tiba dan tidak semena-mena dengan menggunakan parang, kayu baseball dan sebagainya telah berulang yang bermula pada hari Rabu lepas. Setelah kejadian pergaduhan dan pembunuhan yang tidak dingini yang melibatkan kaum Melayu dan India di Kampung Medan dan di kawasan sekitarnya kembali tenang, kita dikejutkan lagi dengan beberapa kejadian yang saya boleh anggap sengaja dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan dan menegangkan lagi suasana tidak aman di kampung Medan, Jalan Klang lama dan kawasan sekitarnya. Saya bukan menghasut tetapi kejadian ini diakui oleh polis yang tidak menolak kemungkinan ada pihak yang mahu memanjangkan lagi kemelut ketegangan kaum.

Ini sangat bahaya dan meresahkan orang ramai. Kalau tidak keterlaluan saya katakan inilah apa yang dimahukan oleh tertentu, mencederakan mangsa yang berjalan keseorangan secara “hit and run” dan tidak ramai saksi yang dapat melihat kejadian tersebut. Pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memanaskan dan mencetuskan semula insiden ketegangan kaum. Di sini saya ingin meminta pihak polis segera menahan dan menyiasat Samy Vellu. Ada satu rencana yang telah disiarkan di laman web reformasi yang meminta Samy Vellu direman yang dia mungkin tahu sesuatu mengenai kejadian ketegangan kaum dengan membuat kenyataan di dalam akhbar The Star yang bertarikh 15/3/2001. Tajuk keratan akhbar itu ialah Samy: Fights could have been planned.

Di sini saya menyalin 4 perenggan.

KUALA LUMPUR: MIC president Datuk Seri S.Samy Vellu said the recent fights in Kampung Medan and its surrounding areas could have been planned by certain quarters out to create chaos in the country.

He alleged the village was probably chosen by the group as a “testing ground” to see how far they could go.

“This is just the first base. In time, they will try it again at another place,” he said.

“This is an element of outsiders involved. Let the authorities investigate the matter thoroughly,” he said.

Bacalah kenyataan yang dibuat oleh Samy Vellu, ada kebenarannya. Siapa pihak yang dimaksudkan oleh Samy Vellu? Memang benar kata Samy Vellu dalam perenggan ketiga, Kampung Medan dan di kawasan sekitarnya dijadikan sebagai “testing ground” di mana ia merupakan tapak atau tempat bermulanya krisis ketegangan kaum dan ia telah merebak ke tempat lain di Kelana Jaya, SS13/5 Petaling Jaya, dekat Mid Valley dan SS 13 Subang Jaya. Bagaimana Samy Vellu boleh tahu dan pasti pihak luar yang terlibat dalam ketegangan kaum?

Kenapa polis tidak mengambil tindakan segera dengan menyoal siasat Samy Vellu dan wartawan The Star? Kalau kenyataan ini dibuat oleh pemimpin BA, bukan main cepat lagi polis menahan pemimpin BA. Sudah 10 hari dan sampai hari ini Samy Vellu tidak disoal siasat oleh polis. Saya menganggap kenyataan yang dibuat oleh Samy Vellu adalah sangat serius dan tidak boleh dibuat main-main dan diambil ringan oleh polis. Apa yang polis lakukan ialah hanya menyiasat hasutan dan khabar angin yang dibuat oleh orang bukan kerajaan. Polis seharusnya bersikap tegas, adil dan tidak pilih bulu. Sekali lagi saya ingin menegaskan, rencana ini bukan khabar angin dan polis sendiri mengaku kejadian ini ada kemungkinan dikaitkan dengan pihak yang sengaja mahu mencetuskan kekecohan.

LTL


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com