Keputusan untuk memilih Dr Ismail Ibrahim sebagai Tokoh Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan sempena sambutan tahun Hijrah 1422 tidaklah memeranjatkan. Apa lagi yang menghairankan dalam negara Darul Serba Boleh ini? Hatta, bagi rakyat marhaen yg telah lali dgn tindak-tanduk Mahathir, mereka tidak akan terkejut kalau "kerajaan Islam piagam Madinah" (kata-kata mantan Menteri Agama, Tok Mid Man) pimpinan Mahafiraun laknat ini memilih Eric Chia sebagai Tokoh Ma'al Hijrah kerana mengiktiraf 'sumbangan besarnya menipu sekelian rakyat Malaysia yg majoritinya beragama Islam'. Bukankah ada IKIM untuk menjelaskan rasional segala apa tindak tanduk kerajaan pimpinan cek det yg tidak bermaruah lagi bangsat ini?
Kalau seorang Ketua Menteri boleh diturunkan pangkat untuk dilantik hanya sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri; kalau seorang MB boleh disisihkan untuk dilantik hanya sbg timbalan menteri pengangkutan; kalau seorang ketua pengarah JAKIM boleh pula dilantik sbg menteri agama; kalau seorang naib canselor boleh pula dilantik menjadi menteri pendidikan; kalau seseorang yg tidak dilantik rakyat masing-masing boleh menjadi timbalan menteri di JPM, Kementerian Perumahan dan Kementerian Pendidikan atas dasar lantikan senator - maka apalah yg dihairankan sangat kalau Pak Su Ismail (dikalangan anak beranak dan keluarga) dipilih sebagai tokoh ma'al hijrah?
Inilah Darul Serba Boleh - dimana seorang seperti Dr Ismail, yang pernah bekerja di Dewan Bahasa & Pustaka, Fakulti Pengajian Islam UKM dan juga UIA, boleh dilantik sebagai pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan! Siapakah Ismail ini? Pak Su Ismail adalah anak Kedah lulusan Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti St Andrews di Scotland. Sekarang menetap di mahligai Kpg Tunku, Petaling Jaya. Isterinya orang Muar bernama Fatimah Abdul Ghani, lepasan Darul Ulum, Mesir dan pernah bersama-sama Ismail mengajar di UKM. Ipar Ismail yg bernama Mohamed, abang Fatimah, seorang pemaju hartanah dan pernah membawa beg plastik berisi wang sejuta ringgit tunai untuk Tan Sri Mike Tyson semasa Mike menjadi MB Selangor. Pernah saya mendengar Ismail 'membaca' khutbah Juma'atnya yg hambar dan membosankan di surau/mesjid Kpg Tunku berhampiran dengan kediamannya. Penguasaan Bahasa Arabnya amat lemah - macam mana kita nak harapkan pak Su ni baca kitab Arab untuk merujuk bahan-bahan ilmiah sebelum mengeluarkan fatwa?
Anak lelakinya Zaki pernah bermasalah di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Pak Su Ismail kemudian menggunakan pengaruhnya untuk memasukkan anaknya ke dalam UIA. Anak perempuannya Ilham, kelahiran Glasgow, sekarang berada di London dan sedang menanti kelahiran anaknya tidak berapa lama lagi. Ismail dulunya membawa kereta Volvo 244 putih, kemudian Mercedes 200 merah bernombor BBP 67 dan seterusnya membeli Mercedes 300E warna coklat dari London bernombor WCY 75. Sekarang, sebagai Ketua Pengarah IKIM merangkap Pengerusi Majlis Fatwa Darul Serba Boleh, kita semua tidak akan terkejut kalau dia membawa kereta Porsche atau Ferrari!
IKIM ditubuh sekitar awal tahun 1990an, mungkin dalam tahun 1991 lebih kurang. Dari awal penubuhannya lagi, telah termaktub dalam perancangan si munafik Mahathir laknatullahu alaihi bahawa seorang insan murahan bernama Dr Ismail akan memimpinnya. Sesuai dengan singkatan nama IKIM, jelas sekali Ismail Kena Ikut Mahathir dari segala tindak tanduk untuk mengelirukan umat Islam di Darul Serba Boleh ini, persis seekor lembu bangang yang dicucuk hidungnya oleh seorang gembala yg sesat sesesatnya. Kompleks IKIM kini bertapak di tanah luas di pinggir Jalan Duta berhampiran bulatan Segambut dgn bangunan serba indah 'kunonnya' persis binaan Islam di zaman kegemilangan AlHambra dan Cordoba di Sepanyol.
Diperingkat awal lagi, kakitangan IKIM dilantik oleh Ismail dari kalangan yg 'kunonnya' modern thinking Muslims. Antara mereka adalah Dr Faisal Othman, yg kini dihantar kembali ke UKM kerana mengampu lebih dari Ismail - mana boleh lawan tauke? Minggu lalu, Dr Faisal (yg diperkenalkan sebagai ahli theology!) ditemuramah oleh stesen bangsat dan muflis, TV3¼, untuk membantai Taliban di Afghanistan - seolah-olah kiranya PAS ditakdirkan memerintah darul serba boleh ini, maka akan mundur dan ketinggalanlah negara ini! Hai… seolah-olah maju benarlah darul serba boleh ini di bawah pemerintahan cek det penipu besar yg telah mengaut habis khazanah negara. Juga 'ulamak sekular merangkap ahli perniagaan maya' Dr Syed Othman AlHabshi dan (si mamak munafik) Farish Noor serta Dr Monir dan Nik Fauzi Mustafa dilantik sebagai penyelidik, 'Fellow Kanan' atau 'Fellow' dgn ganjaran yg lumayan. Ismail sendiri sbg Ketua Pengarah khabarnya bergaji pokok sebanyak berbelas ribu ringgit sebulan.
Mereka ini kerap menulis dalam ruangan akhbar Star, NST, dan sebagainya 'kunonnya' untuk menjelaskan terutamanya kepada kaum bukan Islam mengenai betapa tolerannya Islam. Tiada salahnya berbuat demikian tetapi bagai lembu yg dicucok hidong, mereka tidak menerangkan asas Islam itu sendiri. Perkara dasar bahawa arak dan judi itu haram tidak disentuh. Yg lebih diutamakan adalah perkara-perkara yg lebih 'canggih' dan 'glamour' seperti globalisasi, cabaran Islam dalam era IT, Islam dari kacamata Tamaddun barat, Telekomunikasi dan kebangkitan Islam dan segala macam tajuk yg 'gempar' dan 'sensasi' yg sentiasa dijadikan tema dan tajuk apakala IKIM menganjurkan seminar atau persidangan atau bengkel kerja. Semua ini adalah pembaziran nyata hanya untuk menjustifikasikan kewujudan IKIM di negara Darul Serba Boleh ini. Bayangkan seketika apa yg Pak Su Ma'el akan buat kalau ditakdirkan Barisan Alternatif dapat memerintah Darul serba Boleh ini…
Polemik semasa yg berkaitan dengan IKIM timbul apabila wartawan yg bermaruah, Subky Latiff menyindir Pak Su Ma'el melalui ruangan beliau dlm akhbar Harakah kira-kira sebulan yg lalu. Pak Su Ma'el melenting dan membalas melalui surat kpd Harakah dan ianya turut disiarkan dlm akhbar tersebut. Ini diikuti pula oleh suatu surat yg dikirim dari pembaca yg 'menghentam' Pak Su Ma'el, dan disusuli pula dengan jawapan Subky. Begini sajalah, perkara ini boleh diselesaikan - mudah saja, kalau mahu diselesaikan. Akan tetapi, selagi Darul Serba Boleh ini dicengkam dan diperintah oleh "Firaun Baik" (meminjam kata-kata si bangsat Astora Jabat pantat), perkara yg tersebut tadi tidak mungkin akan selesai juga. Tengok sajalah apa yg sudah terjadi kepada cadangan perdebatan antara si Bapok pondan anak Tun Hussein dengan Bung Mahfuz dari Pokok Sena! Kalau diajak berdebat atau bermuzakarah, Pak Su Ismail akan tetap dapat berselindung di sebalik tabir 'pemerintah yg berlandaskan Islam', walau pun kita semua tahu tindak-tanduknya jelas menunjukkan kejahilan ilmunya. Itu pun kalau ada muzakarah…
Kali terakhir saya berjumpa dgn Subky adalah semasa perkahwinan anak seorang pejuang PAS, di mana saya sempat semeja dengannya di sebuah hotel terkemuka di ibu negara (ha…siapa kata orang PAS tak mampu nak berkenduri di hotel?). Subky memang berpengalaman dlm bidang kewartawanan, hinggakan sekarang beliau menjadi pengarang sebuah penerbitan lidah rasmi Kerajaan Darul Iman. Kalau nak banding pencapaian akademik yg ada antara Ma'el dgn Subky, tentulah bagi orang yg kagum dgn ijazah PhD, memandang tinggi kepada Dr Ismail. Akan tetapi, bagi orang yg berilmu dan beriman, tentu kita boleh lihat dhamir antara Ma'el dgn Subky yg diserlahkan kepada ramai. Ikhlaskah Ismail bila beliau berkata beliau tidak ingin mempolitikkan isu fatwa? Kenyataan beliau itu tidak jauh bezanya dengan kenyataan Daim bahawa kerajaan membeli saham MAS dari Tajudin Ramli kerana ingin menjaga maruah syarikat penerbangan milik negara!
Kenyataan saudara Mustafa Kamil Ayob, Naib Ketua Pemuda parti KeAdilan yg mencadangkan baru-baru ini agar Dr Ismail, selaku 'tukang bikin fatwa', memberi fatwa mengenai cara kerajaan yg zalim lagi taghut ini menangani isu pemecatan Anwar Ibrahim amat bertepatan dan kena pada masanya. Nah.. kalaulah Pak Su benar-benar ikhlas untuk melihat orang Islam bersatu padu, dan kalau sungguh bagai dikata yg Pak Su tidak mahu mempolitikkan fatwa, maka sila buat suatu fatwa rasmi yg datang dari Majlis Fatwa Kebangsaan yg Pak Su sendiri jadi Pengerusinya, samada Kerajaan haram yg dibentuk dengan tipu daya Mahathir ini menepati syari'ah Islam apabila menjatuhkan hukuman sebegitu rupa terhadap Anwar yg telah dituduh meliwat. Kalau Pak Su kelu membisu, maka sahlah Pak Su ni tidak lebih dari menjadi Pengerusi Majlis Fatwa UMNO yg mempunyai cita-cita untuk menggantikan Brigadier Abdul Hamid sbg Menteri satu hari nanti!
Pak Su, taubatlah segera. Hidup ini hanya sementara. Sudah banyak kita lihat penipuan Mahathir barua ni. Tengok sajalah yg terbaru di Kpg Sg Mulia, Gombak kelmarin. Bukan main gila lagi cek det melatah sakan mengutuk PAS. Sebagai ketua ahli majlis fatwa, tidakkah terbangkit rasa tanggongjawab Pak Su untuk menegur cek det tu? Cek det sudah bagai mamat gila talak! Analoginya begini, cek det dah syok sama seorang minah bernama Latipah. Tapi dulu cek det ada bikin aniaya pada 'tipah dan telah curi rantai emas 'tipah. Sekarang cek det nak berbaik semula dengan 'tipah tapi 'tipah kata, kalau cek det nak berkawan dgn 'tipah, cek det kena pulangkan dulu rantai emas 'tipah, barulah boleh berkawan. Salahke permintaan 'tipah tu, wahai Pak Su? Bila cek det tak mahu kembalikan rantai emas 'tipah - yg entah telah dijual untuk faedah cek det - maka 'tipah pun kata, dia tak nak jumpa cek det. Terus naik gila cek det dibuatnya. Lalu cek det bikin cerita yg 'tipah ni minah jahat dan tak bermoral dan ada hubungan dengan jantan Cina dsb. Elok ke prilaku sedemikian, wahai Pak Su?
Pak su ada sebut dlm surat pada Subky yg disiarkan dalam Harakah bahawa Pak su ada beri nasihat pada cek det…betul ke, Pak Su? Rasa susah nak percaya kerana ramai orang yg menasihatkan Cek det biasanya berkesudahan disingkirkan. Tengok sajalah Sabaruddin Chik, Afiffudin Omar dan yg terbaru rakan sejawat dulu, Mid Man. Entahlah Pak su, satu hari nanti mungkin akan keluar berita Pak su meletakkan jawatan dari Majlis Fatwa atau IKIM dgn alasan 'ingin menghabiskan masa dengan anak cucu', tapi di darul serba boleh ini, semua orang sudah tahu apa sebenarnya yg tersirat di sebalik alasan sedemikian. Allah swt mungkin beri balasan segera atau menangguhkan balasan sehingga di akhirat kelak tetapi balasan tetap akan datang. Tulisan ini hanyalah untuk mengingatkan Pak su saja, tidak lebih dari itu. Bukan apa, Pak Su…kesian kita melihat Pak su menzalimi diri Pak su sendiri dengan memperbodohkan ilmu yg ada pada Pak su. Atau sudahkah pak su nekad untuk terjun bersama-sama dgn cek det ke lurah kehinaan walau pun sudah jelas bagai malam dan siang bahawa cek det itu sudah sesat sesesatnya? Kiranya demikian, bolehkah kita ramalkan bhw Pak su lah orangnya nanti yg akan membaca talkin dijirat bangkai cek det yg bakal menjadi hancing?
Marhainmuda
29 March, 2001