Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Soalan untuk pidah aziz

Di bawah ini merupakan salinan daripada soalan-soalan yang saya hantar kepada Dato Seri Rafidah Aziz yang akan menjawab soalan-soalan di laman web umno. Siapa-siapa nak tanya Dato' Seri bolehlah berbuat demikian di alamat rafidah@umno-online.com. Boleh la kita nilai sendiri sama ada soalan-soalan saya dan soalan-soalan reformasi seperti di bawah ini akan dijawab oleh Dato' Seri.

Assalamualaikum
Dato' Seri,

1. Mengapakah Dato' Seri tidak lagi meletak jawatan selepas tuduhan rasuah yang difailkan oleh Tan Sri Anwar Ibrahim tentang pengagihan saham kepada menantu Dato' Seri? Jika Dato' Seri menyangkal tuduhan tersebut, sila nyatakan bukti-bukti kukuh.

2. Adakah Dato' Seri mengetahui yang Tan Sri Anwar Ibrahim telah difitnah oleh PM Malaysia dan kroni-kroninya? Ya atau tidak?

3. Jika Tan Sri Anwar Ibrahim tidak difitnah oleh Dato' Seri Mahathir Mohammad, beranikah Dato' Seri untuk bersumpah dengan nama Allah dan Al-Quran bahawasanya Dato' Seri tidak mengetahui akan konspirasi politik dan fitnah ke atas Tan Sri Anwar Ibrahim dan sekiranya Dato' Seri menipu seumur hidup Dato' Seri akan dilaknat oleh Allah?

4. Bilakah Dato' Seri mahu memakai tudung mengikut seperti yang dianjurkan oleh nabi kita, Muhammad s.a.w ke atas isteri-isterinya?

5. Bolehkah Dato' Seri menjelaskan apa yang terjadi semasa lawatan Dato' Seri ke Kanada dan Amerika Syarikat? Apakah komen Dato' Seri tentang kritikan PM ke atas negara asing yang mahu menjatuhkan Malaysia tetapi mengharapkan pelabur-pelabur dari negara tersebut untuk melabur di Malaysia?

Sekian, terima kasih


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com