Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Apa tak cukup lagi harta dipunggah?

Oleh Pena Suasa

DR. Mahathir Mohamad sibuk mengatakan bahawa Pas itu dan ini, kononnya tidak melakukan sesuatu ke arah pertemuan demi penyatuan Melayu.

Timbalannya pula, Abdullah Ahmad Badawi sibuk mendesak secara tidak langsung Jabatan-jabatan Agama Islam dan pihak-pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan terhadap "Amanat Haji Hadi".

Kedua-dua pemimpin Umno yang sudah semakin letih dan tua ini pura-pura mengajak rakyat mengatakan Pas dan Amanat Haji Hadi menjadikan keadaan tidak aman, tidak tenteram dan Melayu berpecah.

Kita, para pendokong dan penyokong Barisan Alternatif jangan mudah terpedaya dengan seruan ini kerana saban hari akhbar-akhbar berbidang besar memainkan isu, kononnya orang Melayu bertuah mempunyai pemimpin bernama Dr. Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi.

Seorang ilmuan yang sibuk membetulkan kot dan nicktie , Nakhaie Ahmad pula semakin sibuk menulis dengan pelbagai falsafah usang kononnya hanya Umno sahaja yang mahukan perpaduan dan mahukan perdamaian. Sedangkan Pas, keADILan dan parti-parti dalam BA tidak ke arah itu.

Cukuplah! Terlalu banyak sandiwara ditayang dan diulang tayang. Dulu, ketika Utusan Malaysia menjadi santapan jiwa dan minda, macam-macam putar belit dilakukan. Bila akhbar itu sudah semakin merosot jumlah edarannya, Zainuddin Maidin atau Zam diletakkan di RTM untuk menjalankan kerja-kerja yang pernah dilakukan ketika di akhbar itu.

Strategi ini sudah tidak berkesan. Dulu lain. Dulu, ketika Zam tengah hebat, lawan Dr. Mahathir ialah Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Tapi, kini yang terpaksa dihadapi ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Peribadi, watak dan karisme Anwar jauh meninggalkan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam. Malahan, Dr. Mahathir dengan segala jentera yang dia ada, akhbar dan polis masih tidak mampu untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat.

Adalah lebih baik, Dr. Mahathir menyelesaikan masalah dalaman Umno daripada memukul Pas dan menyalahkan pihak lain.

Masalah dalam negara ini adalah masalah adanya Dr. Mahathir. Jika Dr. Mahathir berundur, masalah selesai, percayalah. Kezalimannya terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dapat diterima. Sebahagian besar orang Melayu menolak BN dalam pilihan raya yang lalu kerana bencinya mereka kepada Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir tidak perlu menafikan lagi. Dia adalah punca masalah dan dialah yang sepatutnya menyelesaikannya dan bukan menuding jari ke arah orang lain. Cukuplah Dr. Mahathir! Tunggu apa lagi. Nak punggah apa lagi? Tak kan tak cukup-cukup lagi.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com