Di istiharkan keseluruh negara dan dunia bahawa UIA dengan rasminya akan
berkabung tanggal 17hb April 2001. Pada tanggal tragedi ini maruah UIA akan
terkubur dan aspirasi perjuangannya akan terhina oleh tiga petualang agama dan
bangsa yang paling jelik, paling kotor. Seorang adalah penzina antarabangsa yang
sudah membapakan anak luar nikah. Seorang lagi adalah penyamun harta rakyat dan
diktator desperado. Seorang lagi pula adalah lawak dan kaki samseng negara. Maka
lengkaplah penghinaan terhadap UIA. Maka berkabunglah warga UIA dan seluruh Umat
Islam dan rakyat Malaysia. Tidak ada lagi yang dapat diraikan, dibanggakan. UIA
yang tersergam indah ini akan tercemar - dipalit dan disalut dek najis-najis
mereka bertiga ini.
Paling dahshat dan mengerunkan ialah masjid indah UIA yang lima hari sekali
azan dan bacaan Quran di laungkan kini dinamakan dengan nama kaki zina yang
membapakan anak luar nikah. Dahsat dan mengerunkan! Apakah tidak turun nanti
laknat dan bala Allah Yang Maha Berkuasa keatas mereka yang terlibat menghina
rumahNya ini?! Tentu Dia Yang Maha Mengetahui tahu siapa yang bertanggung jawab
dan yang akan dipertanggung jawabkan. Mudah-mudahan warga UIA yang tidak
terlibat tidak turut menerima balaNya nanti. Tapi barang perlu diingat, bila
datang bala Allah, semua akan menerimanya, hatta cacing-cacing dan cicak-cicak
sekali pun. Kenapa dibenarkan penghinaan yang sebagitu dahshat keatas Rumah
Allah ini?
Siapa yang tak tahu tentang angkara perbuatan sundal penzina ini - baik di
dalam negeri mau pun diluar negeri. Tidak saorang pun warga UIA yang tidak tahu
tentang cerita maksiat besar ini. Mahasiswa paling tahu, pensyarah sudah maklum
jelas, pegawai pentadbiran sudah berbueh mulut menceritakannya, kakitangan awam
sudah menghafal kisahnya. Tak ada siapa yang tak tahu! Tidak kah bapak zina ini
sedar bahawa beliau terkutuk dan dikutuk diseluruh negeri, apatah lagi warga
UIA.
Kalaulah masih ada lagi walau secebis pun harga diri dan maruah badan, eloklah
lepaskan semua kedudukan yang disandang di UIA. Tidak cocok! Macam buaya memakai
mahkota! Lawak dan hodoh! Eloklah berundur saja. Awak sudah amat tidak layak! Di
UIA pulak tu - bengkel ilmu dan iman. Tidak kah akan tersinggung, termalu,
teraib besar nanti bila melihat sinar comohan dan kutukan terpancar tajam dalam
mata warga UIA dan daif-daif jemputan, baik dari dalam negeri atau pun luar
negeri, kerana semua sudah arif tentang najis yang awak pikul. Nah - lihatlah
dalam mata anak-anak muda, jenerasi warisan negara betapa terhinanya diri awak
itu! Aduh - sungguh malang nasib awak - dan akan bertambah malang lagi bila
menamakan sebuah masjid suci nama awak! Tergamak awak! Nasib, nasib!
Apa kurangnya dengan diktator desperado itu. Setinggi mana terjulang namanya
empat tahun dahulu, serendah itulah pulak terjunamnya namanya sekarang ini.
Terhina dan dihina dek perbuatan sendiri. Kesian - nasib badan. Lihatlah
dalam-dalam mata-mata orang-orang muda pendukung cita-cita agama, harapan negara
dan pembela bangsa - bertapa terhinanya wajah awak! Tidak berlalu sehari pun,
malah sesaat pun dimana diktator desperado ini tidak dikutuk, dicacimaki,
lebih-lebih lagi oleh ahli-ahli UMNO sendiri! Maklumlah - pemusnah parti dan
perjuangan bangsa - parti tempat nafkah dan punca rezeki ahli-ahli yang
berharap. Musnah dek kerakusan seorang yang takut menjadi rakyat biasa.
Kedua-dua diktator desperado dan bapak zina ini akan diring raikan oleh lawak
negara. Siapa lagi! Tengoklah nanti - terhangguk-angguk, tersengih-sengih,
mengampu pintu rezeki beliau. Sandiwara pelakon-pelakon vetaran yang berbakat
besar. Sebab bakat besar maka mereka menjadi mereka. Maka gelak jijiklah warga
UIA melihat telatah jelik tiga lawak ini. Gelak sinis. Gelak takut. Apakah akan
terangkat berkat Illahi dari UIA selepas ini? Apakah pimpinan-pimpinan UIA,
pensyarah-pensyarah, pegawai-pegawai tadbir UIA, malah seluruh warga UIA
termasuk mahasiswa dan alumninya sekali, sanggup melihat kecundangnya UIA, dan
terangkatnya rahmat Illahi darinya?
Kalau ini berlaku, jangan persalahkan orang lain. Tanya diri sendiri - apakah
yang anda sudah lakukan untuk menyelamatkan UIA, harapan masa depan Umat. Lebih
serius lagi - apakah anda sendiri tidak bersubahat meruntuhkan UIA? Kalau anda
bersubahat, maka awaslah - bagaimana rundumnya UIA nanti maka merundumlah juga
nasib anda dunia dan akhirat. Maka bertaubatlah dan undur diri daripada
merosakan agama dan Umat. Undurlah dari semua jawatan yang akan mencemarkan iman
dan amal. Ya - berkabunglah dan jangan berbangga. Berkabunglah diatas perasmian
pemusnahan maruah dan perjuangan UIA!
Maka 17hb April 2001 adalah hari berkabung warga UIA dan semua pendukung UIA.
PSARAFHQ
30hb.MAC.2001
hakrakyat@mymaxis.com.my