assalamulaikum
sidang editor di sini saya ingin berkongsi pengalaman ketika menghadiri hari
keluarga sebuah syarikat koprat yang di hadiri sendiri oleh
'chairmannya'.Sebelum ini tidak pernah berlaku peristiwa seperti ini.Teman
masih ingat ketika bersekolah rendah sehingga menengah (tidak sampai ke
IPTA)sekiranya diadakan acara sukan tahunan maupun suakneka kumpulan atau
pasukan mesti di beri nama empat pahlawan melayu.Hidup melayu
'kununnya'.Kalau tidak silap teman kumpulan Tuah untuk merah,Jebat untuk
hijau,Lekir untuk biru manakla Taming Sari untuk kuning.Begitulah setiap
tahun sehingga teman berada di alam kerja sehingga sekarang.
Hendak dijadikan cerita kanak-kanak yang bersekolah kelas agama waktu petang
atau pagi ditukarkan kain sampin berwarna merah.SILA RUJUK PADA ARTIKAL YANG
LEPAS.Di sini teman ingin bertanya kenapa Tan Sri Pengerusi phobia dengan
warna hijau.Salah sangat berwarna hijau.Kenapa kereta nasional banyak
berwarna hijau.Lampu isyarat berwarna hijau.Rumput rampai berwarna
hijau.Kenapa tidak tukarkan saja warna rumput tu!Teman kekadang naik pening
memikirkan perkara yang tidak logik boleh berlaku di zaman mutakhir
ini.Memang di dalam kepala rakyat Malaysia sudah 'ditrane' hijau mesti PAS
itulah jawapan yang kita cari.Kenapa wang kertas lima ringgit tidak
ditukarkan sahaja warnanya.Kita di zaman IT ini patut benda yang remah temeh
tidak perlu difikirkan lagi fikirkan bagaimana hendak meningkatkan ekonomi
semua rakyat yang lebih telus dan lebih adil,sekian dari teman.
Seleut