Benarkah seperti Dakwaan Mahathir yang Sekolah Kebangsaan (SK) ini hendak di
jadikan Sekolah Agama oleh pihak-pihak tertentu? Mahathir masih tak habis dengan
perkataan perpecahan nya iaitu itu ‘Pihak Tertentu’.
Selepas gagal mengharamkan perkataan ‘Islam’ dari PAS, sekarang ini si Mahazalim
ini cuba pula dengan isu Sekolah Kebangsaan (SK). Dakwaan nya orang-orang Cina
dan India tidak menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan
(SK) kerana Sekolah Kebangsaan (SK) lebih mirip kepada Sekolah Agama Islam.
Persoalan nya, dari manakah si Tua Zalim ini mendapat maklumat dan lapuran
sedemikian? Mungkin orang tua ini dapat maklumat dari Iblis yang sedang mengamuk
dalam jiwanya kerana telah tewas dengan kebesaran Islam. Saya rasa orang-orang
kampung dan orang-orang yang senget otaknya pun boleh memberi jawapan mengapa
orang-orang Cina dan India tidak menghantar anak-anak mereka ke Sekolah
Kebangsaan (SK).
Yang amat menghairankan saya mengapa pula di bolehkan parti UMNO untuk kaum
Melayu, MIC untuk kaum India dan MCA untuk kaum Cina ?. Bukankah ini sudah
menunjukkan pengkelasan Kaum atau bangsa? Kalau sudah tahu ini semua adalah
berbentuk perkauman mengapakah tak bubarkan saja parti-parti ini dan gabungkan
dengan satu nama contohnya Parti Malaysia ataupun seperti Parti Rakyat Malaysia
(PRM). Nampaknya Pengasas Parti Rakyat Malaysia lebih terdahulu matang dari
Mahathir.
Kalau sudah Parti politik pun dah di bahagikan mengikut Bangsa, Habis mengapa
pula sekolah tak boleh?. Bukankah peranan Parti-parti berkenaan untuk
memperjuangkan hak-hak bangsa mereka termasuk pendidikan dan bahasa ibunda
mereka. Orang-orang India sudah tentulah mahu melihat anak-anak mereka tahu
membaca dan menulis Tamil dan Kaum Cina sudah tentulah mahu anak-anak mereka
tahu menulis dan membaca Mandarin tetapi kaum melayu?.Apa sudah jadi pada
anak-anak Melayu sekarang ini di bawah dasar Pendidikan Mahathir dan UMNO yang
kononnya berjuang untuk mempertahankan hak-hak Melayu dan mendaulatkan Bahasa
Melayu serta Tulisan Melayu. KAUM MELAYU tak mahu melihat anak mereka tahu
menulis dan membaca Tulisan Melayu berapa ramai Melayu sekarang yang tahu tulis
Jawi dan Baca Jawi. Berapa ramai pula orang-orang India tak tahu tulis Tamil dan
Orang Cina tak tahu Tulis Mandarin? Oleh itu jelas lah kepada kita disini kaum
India dan kaum Cina lebih sayangkan Bahasa dan Tulisan Bangsa mereka. Bukan
macam bangsa Melayu…..apa yang ada lagi pada Melayu?
Penekanan tentang Tulisan Melayu sekarang ini sudah terlalu longgar dan mungkin
akan terhapus akibat Mahathir terlalu mendewakan Bahasa Inggeris, biarlah Melayu
semuanya tahu bercakap Inggeris dan tahu menulis Inggeris barulah di katakan
Kemajuan dan Melayu sudah Maju. Malangnya di Malaysia bangsa Cina dan India
tahu menulis dan membaca 3 bahasa walhal anak-anak Melayu hanya tahu membaca dan
menulis 2 bahasa sahaja iatu Bahasa Rumi dan Bahasa Inggeris.
Cubalah saudara renungkan, inikah Kemajuan dalam erti kata yang sebenarnya?
Apakah kepuasan Kemajuan itu, sekiranya dalam proses untuk maju kita kehilangan
bahasa dan Tulisan Melayu, dan yang paling menyedihkan sekali adalah hilangnya
adat resam Melayu.
Dengan sebab itulah kebanyakan orang-orang Melayu sekarang yang sudah sedar akan
kesesatan budaya yang di bawa oleh Mahathir, telah menghantar anak-anak mereka
bersekolah di Sekolah- Sekolah Agama. Malangnya perkembangan sihat dan murni ini
di fitnah pula oleh Si Mahazalim tua itu kononya Sekolah-sekolah agama ini
mempengaruhi kanak-kanak sekolah untuk membenci akan kerajaan dan guru-guru
sekolah agama ini kebanyakannya penyokong Parti Pembangkang…..Na’uzubillah.
Sekarang ini pula strategi Mahathir untuk menghapuskan unsur-unsur Islam yang
ada di Sekolah Kebangsaan (SK). Kononnya ‘Pihak-pihak Tertentu’ hendak
menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) sebagai Sekolah Agama. Sampai bila kah orang
tua kutuk ini hendak bertaubat? Tetapi apa yang saya tahu semua
perkataan-perkataan ‘Bismilah-hirrahmanirrahim’ malah ‘Assalamualaikum’ dan
sebarang ayat yang melambangkan Keislaman di Sekolah Kebangsaan (SK) akan di
buang kononnya dengan cara ini sajalah orang-orang Cina dan India mahu
menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK). Benarkah seperti mana
dakwaan Mahathir tua nyanyuk itu?. Nyanyuk kena kat dia kata orang Kedah.
Sudahlah hak-hak Melayu dari segi Bahasa dan Penulisan di lenyapkan, kini
unsur-unsur Keislaman pula hendak di hapuskan.
Pertanyaan saya pula bagaimana dengan anak-anak Melayu yang bersekolah di
Sekolah-sekolah yang berunsurkan Kristian seperti Convent, Ave Maria, Methodist
dan lain-lain? Adakah mereka ini telah di Kristiankan?. Tidak bukan? Kerana ibu
bapa kanak-kanak ini memilih sekolah-sekolah yang mereka rasa kualiti
sekolah-sekolah tersebut sealiran dengan kehendak mereka dan kemajuan anak-anak
mereka.
Oleh itu apa yang dapat kita membuat rumusan disini, Mahathir sebenarnya hendak
mengahapuskan nilai-nilai Keislaman di Sekolah Kebangsaan (SK) dengan memberi
alasan yang kaum Cina dan India tidak mahu menghantar anak-anak mereka
bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK). Ini di rancang oleh Mahathir setelah
gagal menghapuskan perkataan Islam dalam pertubuhan di Negara ini kerana ianya
di bawah bidang Raja-Raja, maka di tujukan pula pada Sekolah Kebangsaan (SK)
kerana ini di bawah kuasa nya. Cerdik tak? Akan tetapi mengapakah
Menteri-menteri Melayu lainnya turut jadi Bodoh.
Oleh itu wahai saudara, sesungguhnya ini lah satu lagi Sandiwara dan Drama
Swasta Mahathir yang terbaru dengan menggunakan nama Bangsa India dan Cina untuk
melenyapkan sedikit demi sedikit Islam di negara ini secara halus tanpa di
sedari oleh orang yang fanatik dengannya. Manusia yang sensitif dengan Bangsa
dan Islam tidak akan mudah terpedaya dengan muslihat Mahathir ini.
Pikir-pikir
Seterujabat@freeanwar.com
==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !
seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam