Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Beruntungnya Rakyat Negeri Selangor

Utusan Malaysia telah perli rakyat Selangor kononnya bertuah kerana Sultan mereka mendapat dua buah istana iaitu Istana Melawati dan Istana Selangor di Putrajaya. Tetapi sebenarnya yang bertuah ialah kerabat sultan sahaja kerana mendapat habuan daripada penyerahan Putrajaya kepada Kerajaan Persekutuan.

Di samping itu, Sultan juga mendapat 10 ekar tanah di precinct 11, Putrajaya. Dengar khabar Raja Muda dan Menteri Besar juga mendapat habuan tanah di dalam Putrajaya cuma tempatnya sahaja masih dirahsiakan.

Inilah akibat liciknya Putarjaya (bukannya Putrajaya) Mahathir untuk merasuah kerabat sultan dan kerajaan negeri untuk menjadikan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan. Tapi apakah yang diperolehi oleh rakyat negeri Selangor? Selepas Putrajaya dijadikan Wilayah Persekutuan Ketiga, kadar air dinaikkan dan tidak lama lagi premium insuran pula akan meningkat.

Sedarilah wahai rakyat negeri Selangor, inilah dia parti yang anda pilih untuk membentuk kerajaan negeri. Selepas mandat diperolehi, rakyat “disembelih” dengan pelbagai kenaikan dan bebanan hidup. Sebaliknya golongan yang memegang kuasa dan golongan elit pemerintah menjadi bertambah kaya dan senang lenang sebaliknya rakyat semakin merempat walaupun negara sudah merdeka lebih 43 tahun. Lihatlah keadaan penduduk di jalan Kelang Lama, ke seluruh negeri dan negara, rata-rata rakyat masih ramai berada dalam kancah kemiskinan dan daif.

Inilah dia gara-gara rakyat dan pengundi yang tidak mahu berfikir sebelum memangkah kertas undi. Akhirnya hasil negara habis dipunggah oleh perompak yang memakai lambang dacing. Sebenarnya kalau dikira hasil petroleum sahaja sudah beratus billion ringgit yang diperolehi negara dan rakyat sepatutnya sudah boleh hidup senang lenang dan ada rumah sendiri. Sebaliknya sekarang semakin hari hidup kita semakin dihimpit oleh pelbagai bebanan dan tekanan akibat perbuatan kerajaan yang tidak berperikemanusiaan sebaliknya bersifat kebinatangan dan zalim di bawah diktator tua yang bergelar Mahazalim.

Fikirkanlah! Adakah kita masih mahu terus ditindas dan dizalimi oleh puak perompak yang sama ini apabila 2004 menjelang tiba? Tepuk Dada Tanya Iman. Jangan tanya selera kerana selera kita akan dijamu oleh BN semasa pilihanraya menjelang tiba. Atau mungkinkah kita lakukannya sekarang?

Sultan Selangor mahu Istana Melawati disiapkan segera semasa baginda masih menjadi SPB Yang di Pertuan Agong. Berapa puloh atau ratus juta pula duit rakyat yang akan hangus?

Dulu Don’t Know
Sekarang Dah Tahu


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com