Saudara
Pihak Telekom Malaysia telah menuntut jumlah perbualan selama 200 minit ke atas kad telefon saya yang digunakan untuk membuat panggilan dari United Kingdom ke sekolah di Malaysia pada 24 March 2001. Perkara ini telah saya sedari apabila hendak membuat panggilan ke Malaysia pada hari ini. Saya telah mengadu kepada syarikat Telekom 'Nice One' di UK ini dan mereka sendiri tidak dapat berbuat apa-apa kerana tuntutan tersebut datang dari Telekom Malaysia.
Persoalannya saya menelepon ke telepon sekolah dan tidak logik dan masuk akal sekiranya anak saya bercakap lebih 3 jam menggunakan telefon sekolah. Saya mengesyakki ada kalangan kakitangan Telekom yang menyalahgunakan panggilan saya untuk kemudahan mereka.
Telekom Malaysia,
Anda telah memburukkan imej Malaysia di luar negara. Com'on! Timbang rasa sikit pada student kat sini. Kami bukannya banyak duit. Kalau nak rembat pun, rembatlah dari orang yang merompak duit rakyat.
Terima kasih
Abdullah