Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Jamaluddin Jarjis Desperate!!!

Sebenarnya saya ingin menulis tentang si-JJ ini sejak dua minggu yang lalu setelah saya dan anak saya (yang baru selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)) menghadiri hari terbuka Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) pada 3 Mac 2001 untuk melihat peluang melanjutkan pelajaran. Ketika berada di sana ramai juga kawan-kawan yang saya temui, ada yang bertugas di UNITEN dan TNB, tak sangka ada kawan-kawan dari Pahang juga di sana dan ramai juga kenalan baru di kalangan ibu bapa pelajar-pelajar lain. Apa lagi banyak juga cerita-cerita “sensasi” keluar tentang JJ ini. Kawan-kawan di TNB dan UNITEN berpandangan si JJ bukan main kemaruk kuasa lagi di TNB dan UNITEN. Banyak betul keputusan tentang projek dan program di TNB dan UNITEN dilakukan oleh JJ. CEO TNB nampaknya menurut sahaja apa yang diarahkan dan diputuskan oleh JJ. Ada kawan-kawan kata JJ tengah “desperate” dan dia ingin buktikan bahawa dia boleh “turnaround” TNB dan UNITEN.

Mulanya saya ingat “turnaround” disegi perniagaan, rupa-rupanya disegi “politik” kononnya di kalangan kakitangan dan pelajar. “Desperate” nya dia kerana kawasan Rompin (P85) di mana dia menjadi ahli parlimen adalah tidak selamat lagi ceritanya dan dia juga cuba kuatkan kedudukannya dalam UMNO. Apa taknya rata-rata orang tempatan saya temui di sana pun dah tak suka padanya. Begitu takutnya dia patutlah sebahagian UNITEN (seluruh kolej perniagaan) di tukar ke bandar “hantu” Muazzam Shah. Patutlah geng-geng kontraktor kroni di Bandar Muazzam bercerita sakan tentang projek “baru” yang di bawa JJ ke Pahang. Dengar-dengarnya TNB beli hampir seluruh Bandar Muazzam termasuk berek Polis, Komplek Sukan, bangunan UDA, bangunan Felda, banglo-banglo berhantu untuk UNITEN. Apalah membazirnya JJ demi “political survival”nya, begitulah kata-kata kawan-kawan di TNB dan UNITEN. Apa lagi, dengar cerita pekerja-pekerja UNITEN cukup marah. Menyusahkan mereka kerana ramai terpaksa bertukar terutama isteri/suami yang bekerja. Tak cukup dengan UNITEN, !

“power plant” dekat istana Mahathir di Putrajaya juga akan di bawanya ke Rompin. Betul-betul membazir!!! Tak cukup dengan pekerja, dengar cerita pelajar UNITEN juga cuba di gula-gula JJ. Bila mana dia “travel” sana sini di angkut bersama pemimpin pelajar dan cuba di”brainwash”nya. Kata kawan saya, anaknya ditanya JJ “awak sokong pembangkang tak?”. Ada juga kawan beritahu, dah mula ramai YB yang jadi Chairman anak syarikat TNB. Apa nak jadi, akan alamat lingkuplah TNB ini nanti. Hai orang-orang Pahang terutama di Rompin…..nak biar dia menang pada 2004 begitu saja?

…warga Rompin


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com