Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tumpuan meramaikan penternak di samping tingkatkan pendapatan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menumpukan usaha untuk meramaikan para penternak disamping meningkatkan pendapatan rakyat. Demikian strategi Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Terangganu di bawah pentadbiran baru yang genap setahun bulan ini.

Mengikut Ketua Pengarahnya Dr. Haji Ibrahim Che Embong dalam laporan ringkas jabatan itu menyatakan bahawa kerajaan lalu, mendahulukan pengeluaran komoditi ternakan tetapi mengurangkan bilangan penternak, berbeza dengan kerajaan sekarang. Walaupun kerajaan sekarang mengutamakan bilangan penternak, tetapi tidak pula ia mengurangkan komoditi ternakan.

Dr. Haji Ibrahim memberitahu, mengenai lembu pawah, kerajaan sekarang lebih menumpukan kepada lebih ramai penternak tradisional dan semi komersial bagi meningkatkan pendapatan dan prodaktiviti. Agihan terhadap penternak tradisional ialah kira-kira sekali ganda berbanding dengan kerajaan dulu. Jika dulu agihan penternak tradisional hanya 10 peratus, tetapi di bawah kerajaan baru agihan itu menjadi 20 peratus.

Manakala kerajaan dulu lebih utamakan lembu pawah secara berkelompok, tertumpu di kawasan perladangan kelapa sawit untuk mewujudkan unit-unit komersial dan usahawan ternak. Justeru itu kerajaan dulu meletakkan agihan komersial sehingga 50 peratus menakala kerajaan baru meletakkan pada 10 peratus saja. Tetapi kerajaan baru mengagihkan lembu pawah kepada penternak semi komersial sebanyak 70 peratus berbanding 40 peratus saja bagi kerajaan lalu.

Mengenai program padang ragut rakyat, menurut Dr. Haji Ibrahim, di bawah kerajaan baru penggunaan dan pengurusan padang ragut lebih diberi perhatian dan mendapat sambutan dan kerjasama lebih menyeluruh di kalangan masyarakat setempat.

Kerajaan dulu melaksanakan pembukaan padang ragut secara penswastaan sewa pajak tetapi sekarang diutamakan tanah padang ragut untuk rakyat dan kegunaan lebih menyeluruh. Konsep sewa pajak sedang dikaji semula. Ternyata permintaan padang ragut bagi tahun 2001 ini meningkat kepada 93.9 hektar berbanding dengan hanya 68.5 hektar tahun lalu


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 31 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com