Assalamualaikum wbr,
Terlebih dahulu syabas di ucapkan kepada webmaster kerana dapat menyediakan site alternative utk laman tranung kite. Bagi saya yg jauh dari tanahair adalah merupakan pengunjung setia laman web ini dan apabila masalah timbul semenejak minggu lepas terasa seperti pasangan bercinta yangterputus ditengah jalan.
Tujuan saya menulis adalah utk menyatakan kemusykilan saya terhadap apa yang dialami oleh anak saudara saya yang sekarang ini sedang menuntut di ditingkatan empat. Untuk pengetahuan webmaster anak saudar a sya ini, Faridah, berada didalam tingkatan empat dan di dalam peperiksaan SRP ( mungkin PMR sekarang ini) yang lepas telah lulus dgn agak cemerlang. Dan pada hari ini (19/march)beliau berjaya memasuki Sek. Men. Sains Pasir Putih Kelantan. Sebelum berpindah ke sana beliau telah dinasihatkan utk menyerahkan maklumat tentang keluarga beliau kerana pihak sekolah (sek men sheikh malik) percaya apabila Yayasan Terengganu memberi anugerah pelajar cemerlang tahun ini nama beliau akan termasuk sama. Lantas pada hari ahad (18/Mar) beliau dan bapanya telah ke sekolah sheikh abdul malik utk menyerahkan alamat surat menyurat tetapi malangnya diberitahu oleh pihak sekolah bahawa beliau tidak layak untuk menerima hadiah tersebut! lalu mereka berdua telah diarahkan utkke pejabat YAyasan Terengganu dan alasan yang sama telah diberikan. Alasannya ialah bapa beliau bukan orang terengganu maka beliau tidak layak utk anugera tersebut.
Yang saya musykilkan ialah kenapa ini boleh berlaku. Sebelum ini dizaman umnomore , beliau telah menerima anugerah yang diberi oleh yayasan terengganu semasa keputusan UPSR diumumkan. Utk pengetahuan webmaster saya adalah anak jati terengganu. kedua ibu bapa saya adalah org terengganu dan saya dilahirkan di dungun dan dibesarkan di kuala ibai . begitu juga dengan ibu si pelajar, iaitu kakak saya. Dan sipelajar pula dilahirkan di hospital besar kuala terengganu dan mendapat pendidikan di sekolah kebangsaan pusat kuala ibai dari darjah satu sehingga ke darjah enam. seterusnya meneruskan pengajian ke sekolah menegah agama sheikh abdul malik.
Apakah kerana berbapakan bapa dari negeri johor menyebabkan beliau tersingkir aripada menjadi anak terengganu. Saya faham akan keadaan kewangan kerajaan terengganu sekarang yang sedang ditindas oleh kerajaan umnomore tetapi pada pandangan saya yang cetek ini alasan sebegini tidak patut diberikan. Apatah lagi kepada pelajar. Sekarang ini berbagai persepsi terhadap kerajaan boleh dibuat
1. bagi pelajar tersebut - wang saguhati yang berikan adalah besarnya kepada beliau. sebagai pelajar walaupun jumlahnya RM100 atau kurang ianya begitubermakna bagi mereka apatah lagi diserahkan oleh Kerajaan Negeri. Tentunya anugerah tersebut akan mendorong beliau utk terus berusaha gigih sehingga berjaya mencapai keputusan yang lebih cemerlang di masa hadapan. Dengan penafian ini pastinya perasaan pelajar akan terguris dan mungkin sedikit sebanyak akan menganggu usaha beliau. Ingat bahawa pelajar ini akan meningkat dewasa dan akan menjadi pengundi di suatu masa nanti, apakah yang akan dinilai oleh beliau nanti.
2. bagi si bapa tentunya penafian ini melukakan hati nya. setelah hanpir 20 tahun menetap di terengganu masih tiada pengikirafan terhadap beliau. Layakkah anak beliau di nafikan haknya. kerana beliau masih mempunyai adik beradik di luar terengganu pastinya cerita penafian hak ini akan disebarkan kepada adik-beradik beliau. selain jentera parti kita memerlukan org perseorangan sebagai ejen menyebarkan kehebatan dan kebaikan berkerajaan PAS.
3. bagi si nenek (emak dan ayah saya) adakah mereka akan terus mempercayai kerajaan yang ada sekarang?
semenjak kes datuk seri anwar bermula saya telah berjaya memujuk mereka ini mengubah haluan ke arah PAS dan pada pilihanraya yanglepas mereka ini adalah antara penyumbang kepada kemenangan PAS. (mungkin satu dua undi tidak bermakna bagi PAS). Dan semasa kecoh jkkk umnomore membahagi wang ehsan baru-2 ini kedua-2 org tua saya tidak disenaraikan kerana "anak mereka(sayalah tu) orangPAS". Tetapi dengan cerita penafian cucu mereka ini daripada tersenarai daripada menerima anugerah pelajar cemerlang YAyasan Terengganu berkemungkinan akan melunturkan semangat mereka utk terus bersama PAS.
SAudara web master, saya faham akan keadaan kerajaan yang ada sekarang dan tidak akan sekali-2 bertukar haluan hnya kerana peristiwa diatas. Cinta saya kepada kerajaan PAS yang berteraskan ISlam itu tidak akan berubah selagi ISLam dan Hadis menjadi pegangan. Cuma pinta saya kepada mereka yang diberi kuasa oleh rakyat untuk membuat keputasan agar berfikirlah secara mendalam, jadikan alquran dan hadis sebgai panduan. bukan hanya sekadar cogankata. Biar rakyat nampak yang kerajaan merealisasikan theory dgn practikalnya sekali.
ATau jika ini merupakan sabotaj pihak tertentu terhadapa kerajaan maka pastikan pembelot tersebut dihukum. Jika kita dirompak royalti petroleum oleh Umnomore apakah yang akan diperkatakan oleh sipelajar tentang haknya utk mendapat anugerah tersebut. bukan itu sahaja fikirkan kesannya kepada mereka yang terdekat dengan pelajar tersebut. kita memerlukan sokongan mereka utk mengahdapi tahun 2004.
diharap agar teguran ini akan dipanjangkan pihak yang terbabit. Sekali lagi maaf jika bahasa email ini agak kasar. Tetapi sebagai kerajaan yang baik dan prihatin terhadap rakyat pastinya teguran akan dijadikan modal utk membaiki diri.
sekian
wassalam
LAWAN TETAP LAWAN.