Assalamualaikum wbr,
Saya ni cuma nak menokok tambah aje. Saya amat bersimpati dengan nasib pelajar cemerlang kita yang telah dikemukan oleh bapa saudaranya dalam artikel yang telah diterbitkan oleh webmaster sebelum ini.
Saya setuju dengan pandangannya supaya kes itu tidak berulang lagi pada masa akan datang. Patutlah disiasat dan diperbetulkan. Zaman sebelum inipun, perkara macam ini tidak pernah berlaku. Saya juga salah seorang anak rakyat Terengganu yang pernah menerima anugerah menerima anugerah tersebut sebanyak 3 kali (terlepas peluang untuk kali ke-empat kerana memasuki program matrikulasi - lawak aje ni).
Memang besar ertinya bila kejayaan kita diiktiraf oleh kerajaan negeri kita. Itulah pendorong untuk terus mendapat kejayaan yang lebih tinggi lagi. Jadi kalau perkara seperti yang diberitakan itu berlaku, kerajaan negeri secara tidak langsung telah demotivate semangat rakyat untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan. Janganlah dipatahkan semangatnya dan keluarganya yang baru "berhijrah" itu.
Biarlah semua orang mendapat layanan sama rata. Orang mana sekalipun, kalau dah menetap di tempat kita maka dah jadi sebahagian daripada kitalah. Tambah pula telah berkahwin dengan orang kita dan berjaya pula melahirkan kacukan yang baik kepada kita. Kenapa nak diskriminasi pula?
Tanah tumpah darah jarang dilupakan. Saya percaya rakyat Terengganu yang telah berjaya akan pulang mencurah bakti kepada tanah negerinya yang tercinta walaupun mungkin setelah berhijrah ke tempat lain. Apatah lagi bagi yang merasakan bahawa kerajaan negerinya juga menjadi pendorong kepada kejayaan yang dicapainya. Semoga negeri kita dipenuhi dengan cendikiawan yang beragama dan adil.
sekian
wassalam
Jasamu dikenang walau di kejauhan