Isu 1:
6 jahanam di jahanamkan oleh jawatan kuasa Disiplin.
Kalau lebih ramai lagi yang dijahanamkan oleh jawatan kuasa disiplin lagi bagus, lagi cepat UMNO dikuburkan.
Isu 2:
Umno membenarkan kaum cina dalam parti akar untuk menyertai UMNO. Tidak ada bezanya antara kaum cina "akar" dengan kaum cina lain. Persoalannya kaum cina sudah boleh jadi ahli UMNO. Dengan jelas menggambarkan UMNO sudah songsang dari perjuangan sebenar, yang selama ini sungguh lantang memoerjuangkan hak keistimewaan Melayu. Sudahlah semenjak mahatir menjadi PM hak istimewa orang-orang melayu sedikit demi sedikit terhakis.
Disini saya menyeru kepada seluruh warga UMNO yang sayangkan nama UMNO supaya teguh mempunyai prinsip. Saya sudah muak dengan isu-isu sekarang, sudah muak dengan telatah pemimpin-pemimpin UMNO sekarang. Oleh kerana saya sayangkan nama UMNO saya terpaksa keluar dari kelompok pemimpin UMNO yang ada sekarang. Mereka semua bukan pejuang UMNO, mereka semua adalah pejuang perut sendiri. Oleh itu mereka perlu diajar cara bagaimana untuk mengenal perjuangan UMNO sebenar. Caranya: Keluar dari UMNO beramai-ramai. Terpulanglah nak masuk parti lain ke atau tak nak masuk mana-mana parti. Tetapi untuk mempercepatkan proses pengajaran kepada mereka kita masuk salah satu parti PAS atau Keadilan.