Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Teruskan Tindakan Ke atas Kata-kata Hina Mahathir

Saya menyokong penuh tindakan PAS Pusat untuk mengumpul dan melaporkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan tentang kata-kata hina Mahathir terhadap baginda Rasulullah SAW. khususnya dan Islam umumnya. Tindakan ini perlu kerana rakyat teramai perlu diberi kefahaman yang jelas tentang status kata-kata pemimpin yang sebahagian nya bukan sahaja menghina Islam tetapi merosakkan aqidah umat seluruhnya. Inilah sebenarnya salah satu tujuan Majlis Fatwa Kebangsaan ditubuhkan, iaitu untuk menjadi penapis, pembetulan ataupun neraca kepada setiap isu yang berkaitan dengan masyarakat Islam terutamanya yang berkaitan dengan Aqidah. Ia menjadi semakin relevan apabila kata2 atau ungkapan itu pula dizahirkan oleh orang berpengaruh atau ramai pak turut (kaki angguk)di belakangnya. Justeru, pihak BA perlulah membekalkan semua bukti yang ada termasuk kaset, keratan akhbar, teks ucapan, sedutan TV dan sebagainya supaya pihak Majlis dapat sumber yang jelas dan tidak berdolak dalih untuk memberi fatwa dalam perkara yang berkaitan. Lagipun orang yang duduk di kerusi Majlis Fatwa tentulah lebih arif dan takutkan Allah dan penghakimannya berbanding makhluk kerdil di dunia ini dalam menyatakan yang hak (harap2).

Dari penelitian saya, bukan sedikit mereka yang tahu pasal agama di dalam UMNO, tetapi mereka ini lebih malu kepada Mahathir berbanding Allah dan Rasulnya untuk menegur kemungkaran dan kekurafatan. Entahlah mungkin mereka belum tahu atau pura2 tidak tahu.. tapi ingatkan Allah lebih tahu dalam hati kamu... maka adakah kamu nak menipu Allah...? Bagi saya sedikit sahaja ujian untuk keimanan kamu... Rasul kamu di hina.. kamu masih diam membisu... dimana ucapan shahadah kamu?

Sebahagian daripada perkara yang serius adalah seperti berikut;

1. Mempertikai hukum menutup rambut wanita.. banyak kali secara terang2 di perhimpunan adungu UMNO. (Bukti boleh didapati di dalam teks yg disiarkan dalam akhbar utama)

2. Mempersenda sifat Rasulullah SAW, janggut dan pisau cukur dijadikan bahan lawak untuk menyindir mereka yang menaruh janggut atas dasar sunnah. (rakaman kaset)

3. Merpersenda hukum hudup dengan kecacatan yang rakyat Malaysia bakal hadapi. Dan beberapa keceluparan lain tentang kelemahan hudup. (siaran akhbar, sedutan TV)

4. Mahathir juga sanggup mempermainkan isu keagungan Nabi Muhammad dengan andaian tak perlu diagung-agungkan kerana jika tidak dia, nabi lain akan diutus untuk menggantikannya. Belia tidak rasa segan lansung... membuat andaian tersebut semata-mata nak suruh rakyat terima kasih kepada beliau... (teks perhimpunan agung UMNO 2000)

Hati saya sungguh luka terguris.. tergamak sungguh kamu Mahathir... sedangkan Allah dan Malaikatnya sentiasa berselawat ke atas Nabi.... bahkan sesiapa yang selawat sekali.. tuhan tambah 10 kali ... ya Allah ... berkerat rotan antara aku dan kamu Mahathir...

Saya juga berharap satu salinan turut dihantar kepada setiap Majlis Fatwa negeri, supaya kita dapat tahu yang mana satu melaksanakan amanah Allah, yang mana satu istiqamah... dan yang paling penting sanggupkah mereka ini berkata benar biarpun pahit.. sama2lah kita tunggu.. Barangkali nak cari satu dalam seribu seorang Mufti semacam Dato' Ishak Baharom... susah...

Rakyat tahu siapa yang buang beliau dan kerana apa....

5. Satu lagi lawak bodoh Mahathir (kurafat) ialah apabila beliau menyatakan bahawa beliau akan berada di langit dan sekali sekala akan menurunkan ribut...ala firaun. ya Allah!!! Ini ajaran Hindu.. awak tu agama apa? Memanglah asal dia dari sana tapi.. ulama UMNO buat apa?.. tidur ke makan gaji buta...

Akhirnya, satu salinan perlu juga diberikan tukang ampu firaun moden.. Astora jebat.. kerana beliau masih baru di Malaysia. Beliau tinggalkan perjuangan Islam di selatan Thai.. untuk cari makan di sini. Bila cari makan.. maklum sajalah.. kena ikut boss.. kalau tak ikut, balik negeri lah kamu. Namun boss yang lebih besar ( Pencipta Firaun) banyak si jebat sekor ni abaikan.. Nak betulkan masyarakat Malaysia konon.. boss sekor pun tak boleh tegur... kampung halaman pula entah apa jadi.. piiiii lah. Dia ni sibuk dok belek kitab lama untuk keluar artikel karut marut.. perangai boss dia memang dia tak halusi.. sebab itu kena hantar kat dia.. sesalinan... mana tahu mungkin pandangan beliau lain dengan ahli Majlis Fatwa? Entahlah...jangan2 tauliah untuk menulis agama di akhbar.. entah ada ke tidak.. pengampu sekor ni.. (tolong semak pihak berwajib).

Wallahua'llam..


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungdaily.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com