Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Rompakan disiang hari

Ada sebuah syarikat yang bernama Al-Copal, bertempat di Jalan Balak Kong berhampiran dengan Mines Resort atau Mines Shopping Centre, ata Mines Wonder Lands, Sungai Besi Selangor.

Kakitangan syarikat ini telah membuat panggilan talipon kepada Ibu saya di kampong dan memberitahu nya bahawa Ibu Saya telah berjaya di dalam cabutan bertuah dan memenangi RM90,000 - Sembilanpuluh ribu ringgit. Wow banyak nya. Ibu saya dikehendaki datang kepejabt nya di Balak Kong seperti alamat diatas untuk membuat urusan menerima pembayaran tersebut dengan perlu membawa salinan kad pengenalan dan salinan buku akaun bank.

Apa lagi, mengelupur lah Ibu saya menalipon anak anak nya diseluruh Malaysia :-)

Meminta supaya kami menghantar nya ke pejabat berkenaan. Kami sependapat, mana ada dalam dunia ini dengan mudah mau memberi wang sebanyak itu. So kami pun tidak lah hendak membuang masa berkenaan perkara itu. Walaubagiamana pun atas desakan Ibu. Saya terpaksa juga membawa nya ke lokasi berkenaan.

Kami tiba pagi di pejabat itu. Di pejabat itu tidak ramai pelanggan ketika itu :-)

Kami dibawa berjumpa dengan seorang wanita muda. muda lagi, cun lagi dan seorang budak lelaki yang mengaku membuat panggilan kepada ibu saya pada mula nya.

Wanita ini terus meminta kad pengenalan Ibu saya, saya kata beri, Wanita ini terus mengisi maklumat kedalam satu borang yang diabawa nya bersama. Kami diam dan perhati saja. Wanita ini terus meminta, salinan kad pengenalan dan salinan buku bank. Saya bertanya nak buat apa. Dia kata untuk melengkapkan perjanjian bagi membolehkan pembayaran dilakukan. Ok, saya kata beri Wanita itu meminta Ibu saya menandatangani perjanjian tersebut lalu saya kata jangan.... Wanita itu naik berang...

Saya kata, saya perlu tau apa kandongan perjanjian tersebut lalu Wanita itu dengan angkuh nya berkata "jadi abang perlu saya jelaskan lah...." Saya kata "sudah tentu!"

Wanita itu berkata "Ibu abang kene membeli resit bagi jumlah RM29,000 - ringgit duapuluh sembilan ribu, bagi membolehkan no resit tersebut dicabut diantara 4 orang terpilih bagi mendapatkan RM90,000. Cabuatan akan dibuat 2 bulan lagi dan seterus nya setiap 2 bulan ) Mendengar itu baru Ibu saya percaya, mana ada orang dalam dunia ini mau memberikan RM90,000 dengan mudah begitu. Lalu Ibu saya berkata . Anak saya ada yang jadi polis. Dah ramai yang ditangkap nya kerana urusniaga penipuan. Anak saya telah menasihatkan saya jangan tandatangani apa apa dokumen dan jangan serahkan salinan kad pengenalan kepada orang yang tidak dieknali.

Saya pun sempat memberi sedikit lecture kepada dua orang insan ini. U tau yang u telah membuat orang sengsara. Diganggu nya ( Ibu saya ) anak nya diseluruh malaysia untuk meghantar nya ke sini. U datang kerumah, orang tutup pagar, u talipon orang tiada masa untuk melayan. Now, u tipu orang supaya datang kesini dengan alasan untuk menerima RM90,000, ini satu tektik yang tidak betul.

Dipendekkan cerita, saya koyakkan dokumen yang telah diisi. Kedua dua insan itu senyap tidak bebunyi. Lalu saya bawa Ibu saya keluar dari pejabat mereka.

Diluar saya perhatikan telah ramai manusia yang terpengaroh menyahut panggilan untuk menerima RM90,000 itu. Saya perhatikan dari paras rupa dan cara berpakaian, mereka ini kebanyakan nya bukan dari penduduk bandar, macam Ibu saya :-)

Saya tidak mahu membuat laporan polis atau laporan resmi kepada kerajaan. Ditakuti ada insan yang telah "menderma" RM29,000 akan pasti lesap wang nya jika penyiasatan kerajaan dijalankan. Who knows, memang betul ada yang dapat RM90,000 dengan pelaburan RM29,000.


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com