Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Surat Kepada Utusan Melayu Tentang ISA

Assalamu'alaikum wbt...

Saya tidak tahu sama ada surat Dr Syed Husin ini diterbitkan oleh Utusan atau tidak. Sebabnya, saya tidak membaca Utusan kerana meragui kredibilitinya.

Tetapi saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Dr Syed Husin kerana pandangan beliau yang konsisten, jitu dan bernas terhadap ISA.

Saya tidak pernah ditahan ISA mahupun bermimpi untuk ditahan di bawah akta zalim itu. Tetapi apabila membaca buku Dr Syed Husin - Dua Wajah, saya dapat memahami betapa deritanya para tahanan ISA. Derita yang paling payah untuk ditanggung adalah desakan supaya "kita berbohong untuk mengakui kesalahan yang tidak kita lakukan".

ISA adalah undang-undang paling zalim, durjana, dan amat hina di dunia moden ini. Saya berdoa kepada Allah SWT agar mereka yang menggubal, melaksana, dan mempertahankan akta tidak bertamadun ini supaya segera insaf dan bertaubat - selagi pintu taubat masih terbuka.

Saya bukannya seorang ustaz atau ulamak, tetapi sebagai seorang Islam, saya amat yakin bahawa penggubal, pelaksana, dan pelindung kepada akta yang zalim ini akan dibakar di neraka jahannam jika mereka masih ego dan degil untuk mempertahankan kezaliman ini.

Mafhum al-Quran:
"JANGANLAH KAMU CENDERUNG KEPADA ORANG YANG ZALIM, KELAK KAMU DISAMBAR API NERAKA..."

Wassalam.

AHMAD TAJDID
Seri Gombak


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com