Rais Yatim kata, gugur baki lima tuduhan terhadap ANWAR bukan bermakna ANWAR tidak bersalah. Tetapi bolehkah kita pakai cakap Rais Yatim. Sebelum kita nak terima pendapat orang ini, kita kena kenali dahulu siapa Rais Yatim ini. Manusia inilah yang mendapat PhD Undang-undang dengan membuat tesis berkenaan campurtangan Eksekutif terhadap Legislatif. Dan manusia yang sama juga bercakap soal Sistem kehakiman yang bebas dari pengaruh eksekutif setelah dia dilantik memegang jawatan dalam kabinet.
Dan manusia UMNO ini juga bersama dengan ketua-ketuanya sering mengungkapkan perkataan.. seseorang itu belum bersalah sebelum dia didapati bersalah. Contohnya dalam kes Rahim Thambi Chik, Mat Tyson dan yang terbaru kes ahli 'silap mata' terkenal, Khalil Yaacob yang berjaya menghilangkan kuota balak dari tahun 1999 hingga 2004. Mereka begitu berang apabila pihak media yang menyerang Rahim Thambi Chik walaupun ketika itu Rahim belum didakwa. Begitu juga dengan Mat Tyson. Manakala Khalil pula dibenarkan terus bertugas kerana mereka kata siasatan sedang dijalankan dan Khalil belum didapati bersalah. Ini berlaku adalah kerana manusia-manusia yang dituduh ini merupakan penyokong kuat UMNO dan kaki rasuah.
Walaupun demikian, berlainan pula falsafah mereka apabila Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri sendiri membuat tuduhan bahawa Anwar bersalah. Walaupun sebelum dibicarakan mereka terus-menerus menuduh Anwar bersalah. Presiden UMNO saban hari mengatakan dia mempunyai bukti kukuh tentang salahlaku Anwar, sehinggalah ke hari beliau di sapina ke mahkamah beliau menukar pengakuan bahawa beliau tidak tahu apa-apa kerana beliau tidak berada ditempat kejadian. Ini bermakna sewaktu beliau memecat ANWAR beliau tidak ada apa-apa bukti. Jadi beliau memecat ANWAR secara Zalim dan ikut nafsu serakah. Kalau Mahadey yang kununnya mempunyai bukti kukuh mengaku tidak tahu apa-apa, bagaimana pula dengan pengampu yang menyokong tindakan Presiden? Mereka sebenarnya berprasangka. Apalagi bila hakim medapati ANWAR bersalah dengan bukti-bukti yang langsung tidak masuk akal. Dalam kes liwat Azizan contohnya, tarikh kejadian ditukar berkali-kali kerana antaranya waktu kejadian dikatakan berlaku Tivolli Villa masih dalam pembinaan. Kemudian bila pihak pembela mengemukakan Alibi, hakim kata mungkin ada tilam lain. Setelah berbulan-bulan tilam bisu diusung ke mahkamah kangaroo, hakim kata pakai tilam lain. Mana hakim tahu, dia tengok ke? Kemudian hakim kata Azizan saksi yang kredible. Saya pun tidak tahulah Arifin Zakar ni waras atau tidak. Pertamanya Azizan dan Umi kata mereka buat laporan polis demi UMNO dan kesucian Islam. Tetapi dalam mahkamah yang sama didedahkan bahawa Umi yang 'cintakan' ISLAM ini pernah berzina dengan Baginda di London. Manakala Si Azizan ini pula mengaku berzina beberapa kali dan dihukum penjara oleh mahkamah syariah Melaka. Malah Azizan ini sendiri mengaku sebanyak tiga kali bahawa dia tidak pernah diliwat Anwar dalam mahkamah kangaroo. Jadi saya pun naik sasau nak fikir secara rasional kat mana yang hakim Zakar nampak si Azizan ini saksi yang kredible.
Manakala dalam Mahkamah Kangaroo hakim korup Agustine Foul pulak, pihak pendakwaraya telah beberapa kali mengalih 'tiang gol'. Tuduhan rasuah yang tidak melibatkan satu sen pun bertukar tangan yang barangkali kes pertama di Malaysia kalau tidakpun didunia. ANWAR dituduh menyalahgunakan kuasa kerana mengarahkan polis menyiasat fitnah UMI dan AZIZAN terhadap beliau yang waktu itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Nasib baik ANWAR arahkan POLIS, kalau ANWAR ARAHKAN konco-konco BENTONG KALI entah-entah UMI dan AZIZAN dan arwah sekarang. Tapi nampaknya Bentong Kali dulu yang jadi arwah.
Manakala baki lima tuduhan terhadap ANWAR pula melibatkan empat kes liwat iaitu satu Sukma, satu Munawar, satu Meor dan Satu lagi Hairani. Tiga dari empat 'mangsa' ini sudah menafikan berkali-kali mereka diliwat. Malah mereka telah ditangkap dan ditahan ISA untuk memaksa mereka mengaku diliwat. Tidaklah diketahui kenapa polis ni seronok sangat mendengar perkataan liwat. Yang hairannya 'mangsa' mengaku mereka tidak diliwat tapi polis pulak beria-ia mengatakan mereka diliwat. Siapa yang meliwat dan siapakah yang sebenarnya diliwat. Malah mereka tidak pernah membuat laporan polis yang mereka diliwat. Apakah Polis yang sebenarnya meliwat dan diliwat? Atau Mahadey sendiri yang kena? Logiknya ada sebab kita lihat Mahadey begitu befantasi dengan persoalan liwat ini. Apakah Mahadey bengang sebab Hairani ataupun Azizan tidak memberi 'perhatian' kepada dia atas faktor usia dan paras rupa. Mungkin kita boleh mendapat jawapan seandainya tuduhan terhadap ANWAR tidak digugurkan?
Jadi mengikut falsafah keadilan, seseorang itu tidak bersalah sebelum dia didapati bersalah bermakna ANWAR tidak bersalah kerana tidak ada bukti yang beliau bersalah apalagi sekarang tuduhan digugurkan tanpa sebarang alasan. Mengikut kebiasaannya tuduhan digugurkan apabila pihak pendakwa GAGAL mendapatkan bukti untuk meneruskan pendakwaan. ANWAR kini merengkok dalam penjara bukan kerana kesalahannya tetapi kerana kerakusan seorang Penguasa yang begitu tamak dan gilakan kuasa. ANWAR terpenjara kerana pencabarnya merasakan mustahil untuk menjadi Perdana Menteri selagi ANWAR bebas. ANWAR terkurung kerana, pemimpin-pemimpin UMNO rakus dengan rasuah, mereka takut sekiranya ANWAR menjadi Perdana Menteri mereka akan dipenjara. Dan ANWAR tersiksa dipenjara, kerana kita wahai RAKYAT MALAYSIA. Apakah kita akan membiarkan ANWAR terus menderita kerana kita?
HIDUP ANWAR!
AnakGanu