Assalamualaikum...
Dalam sebok2 paper dan berita tv meng"highlight"kan cerita 6 orang ahli UMNO
yang hilang kelayakan bertanding dan dilucutkan jawatan selama 6 tahun
akibat mainan politik wang a.k.a rasuah, teringat saya kisah yang berlaku
pada diri saya dalam 2-3 bulan yang lepas.
Pada satu petang, saya terima satu panggilan telefon daripada seorang teman.
Beliau beria-ia mengajak saya menemani dia ke satu "function" pada malam
tersebut. Saya agak keberatan untuk turut serta, kerana pada pendapat akal
saya tentulah "function" ini lebih kurang presentation untuk sebuah syarikat
direct selling yang beliau sedang giat usahakan. Tambahan, sempat juga
beliau membisikkan sebelum perbualan telefon tamat agar "pakai smart-smart
sikit".
Rupanya malam tersebut saya dikehendaki menjadi pengundi hantu bagi
mesyuarat agung UMNO bagi sebuah cawangan di negeri selangor. Tugas saya
malam itu ialah untuk mengundi menyokong seorang YB EXCO Negeri. Bila kawan
saya angkat tangan, saya pun angkat tangan. Senang ajer. Hasil kerjatangan
kami yang gigih tersebut, maka YB EXCO tadi pun dicalonkan untuk
mempertahankan kerusi ketua UMNO Bahagian tersebut. (Dan baru-baru ini YB
EXCO tersebut berjaya menewaskan lawannya untuk mempertahankan kerusi ketua
UMNO BAhagian). Manakala group yang satu lagi yang cuba mencalonkan org lain
telah gagal dalam pengundian tersebut kerana diberitakan oleh sahabat saya
"tidak cukup pengundi hantu". Masa saya nak balik ke rumah, kawan saya tadi
menyelitkan RM35 ke dalam poket saya sebagai imbuhan. Bayangkan, satu undi
berharga RM35.00. Sekiranya dalam satu cawangan terdapat 10 undi hantu
(tidak mustahil) maknanya sudah RM350.00 untuk satu cawangan. Sekiranya
terdapat 20 cawangan itu sudah jadi RM7000.00. Kalau dicampur dengan
belanja-belanja melobi ketua umno cawangan, ketua pemuda cawangan, tidak
mustahil boleh mencecah RM30,000.
Begitulah kisahnya..... Konklusinya anda buatlah sendiri...
LLLLaaawan TTTetap LLLLLawan
-apai-