Oleh: asshafi
i. LADA ambil alih keseluruhan urusan Feri di Jeti
Ura-ura ini akhirnya menjadi kenyataan pada pertengahan April lalu.Semua
urusan jadual
perjalanan dan trip feri ditentukan oleh LADA melalui sebuah anak
syarikatnya.Maka yang menjadi
mangsa adalah penumpang-penumpang yang tidak mempunyai pilihan lagi
memandangkan jadual
perjalanan lebih kurang setengah jam sekali(kadang-kadang 1 jam
sekali).Malang lagi kalau dulunya
pelajar dapat menikmati potongan tiket khas (juga kakitangan kerajaan yang
berkhidmat di
Langkawi & pesara) kini terpaksa membayar berdasarkan harga dewasa.
Menyukarkan bagi yang
kerap ingin berulang-alik menziarahi keluarga. Hingga kini perkhidmatannya
pun tidaklah baik
sangat. Apalah istimewanya dengan meletakkan papan elektronik menyatakan
waktu dan feri yang
berlepas di Jeti Kuala Kedah dan Kuala Perlis sedangkan fungsinya tiada.
Malah apa yang terpapar
seharian adalah benda yang sama...sedangkan waktu dan ferinya
berubah-ubah.Mungkin itu satu
pembaharuan yang sesuai untuk melayakkan pengambilalihan pengurusan oleh
LADA.
ii. Tokong Buddha Terbesar di Asia Tenggara dan Masjid Kuah
Seminggu sebelum berakhirnya April...heboh pula tentang projek pecah tanah
untuk pembinaan
tokong Budha yang terbesar di Asia Tenggara kisahnya.Peliknya penduduk
beragama Budha
bukanlah majoriti di sini...Bagaimana boleh diluluskan oleh kerajaan
pembinaan ini sedangkan
kepentingannya amat sedikit. Mungkin untuk menarik pelancong agaknya?
Agak tertarik melihat masjid Kuah yang cantik seni dan hiasan
dalamannya...sebaliknya setakat itu
sahaja apabila melihat tandasnya yang tidak terurus dengan baik.Bau dan
kebocoran dan adakala
najis kelihatan dalam lubang tandas sukarlah untuk menerima hakikat ini
kerana tandas masjid
sepatutnya sentiasa bersih selaras dengan tingginya kedudukan masjid.Sedikit
sebanyak ini
menjatuhkan martabat masyarakat Islam di kalangan pelancong yang kerap juga
mengunjungi masjid
ini untuk emlihat keindahannya.
iii. Penduduk Tiada Tanah
Tidak jauh berbeza dengan tempat lain di tanah besar. Taraf Bandaraya
Pelancongan hanya
sebagai gula-gula untuk menarik kehadiran pelancong.Pembaziran yang besar
dalam sambutannya
tidaklah menggambarkan keadaan sebenar. Usah terkejut jika anda melihat
kedaifan kediaman
penduduknya di sesetengah tempat malahan ada lagi yang menduduki tanah
kerajaan.Dari cerita
penduduk di sebuah kampung berhampiran Air Hangat,hingga kini mereka masih
belum diberikan
geran hak milik tanah yang mereka duduki sejak sekian lama (sebelum Langkawi
maju).Membilang
wakil rakyat, enam wakil rakyat telah berlalu hinggalah wakil rakyat dengan
idea peliknya Sanusi
Joned masalah mereka tidak juga selesai. Peliknya Sanusi Joned semasa
menjadi MB Kedah pun
tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Jelas penduduk di sini tertipu namun
keUMNOan yang
begitu kuat membuatkan mereka buta fikiran.Tambah penduduk itu lagi,beberapa
kali isu ini telah
dibawa dalam mesyuarat UMNO cawangan dan Bahagian tapi nantilah dulu jawapan
yang selalu
diberi. Langkawi semakin maju tanpa mengira apa dan siapa...silap hari
mereka akan merempat di
Langkawi sendiri.
Siapa merancang?... Langkawi tergoncang.