Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Ayam "Lemas Air Elektrik"

Posting 1 : Ayam rendam air panas

Seorang wartawan tv tempatan telah membuat liputan untuk rancangan"bincang petang" yang biasanga keudara di tv jam 14.00.(dijadualkan siaran hari Isnin & Selasa 11/3 & 12/3/01.

Rancangan ni terputus ditengah jalan!!!) Liputan mengenai kekotoran di pusat penyembelihan ayam di SgBuloh, Selangor yang mendapat rungutan dari penduduk setempat.

Beliau dan seorang juru kamera tiba di tempat ladang ternakan tersebut pada jam 04.00. Pada waktu yang sama, operasi menymbelih sedang dijalankan. Kebiasaannya ayam akan digantung (kepala ke bawah)di conveyor belt dan bila sampai kepada tukang sembelih, ayam tersebut baru disembelih mati. Tapi apa yang berlaku di tempat tu, tidak cukup begitu!!!!!AYAM YANG DIGANTUNG TADI AKAN MELALUI SATU TAKUNGAN AIR HANGAT DAN DIRENDAM BEBERAPA KETIKA KEMUDIAN BARU DI SEMBELIH !!!

Wartawan tadi pun bertanya kepada tukang sembelih yang bertugas pada masa tu.. "KENAPA MESTI DIRENDAM DULU AYAM TU??" Tukang sembelih tu jawab (orang INDON) "BIAR SENANG NAK SEMBELIH,,, TAK MENGGELUPOR !!" Sambil memegang kepala ayam yang tergantung, wartawan tersebut memberitahu "AYAM NI DAH MATI, APA NAK SEMBELIH LAGI??" Tukang sembelih tu kata "TAK TAUUU " Dari perbualannya dengan pekerja di situ, ayam tersebut akan diedarkan disekitar LEMBAH KLANG. TERUTAMANYA SUPERMARKET & HYPERMARKET GIANT.

Wartawan tersebut ialah Mazidul Akmal Sidek Jurukameranya suami kepada officemate isteri saya. (Mereka ni sempat dibaling dengan kepala ayam) BINCANG-BINCANGKAN!!!

Posting 2 : siapa yang beli ayam kat Giant maknanya makan bangkai???

Assalamualaikum

sekadar nak kongsi dengan kawan2 semua, actually hari disiarkan bab ayam di BINCANG PETANG TV3 tu saya ada menontonnya sebab kebetulan saya cuti hari tu. Dari rakaman TV tu memang betul ayam tu di rendam kepala nya dalam air yg ada arus letrik, masa ayam keluar dari air tu nampak dah senyap je, tak menggelupur. selepas tu baru disembelih.Ada juga ditunjukkan ayam2 yg tak berapa nak mati lepas disembelih tu di rendam dalam 1 takungan besar, bayangkan dengan air , darah dan ayam yg penuh bekas tu. ayam terendam dalam darah , kalau tengok memang rasanak muntah.lagipun darah merupakan sumber penyebaran penyakit yg cepat.

Mazidul cakap dia tanya tokey tu kenapa tak ikut syariat betul2, tokey tu cakap ayam ni utk org bukan Islam, selepas tu mazidul tanya lagi, kalau utk org bukan Islam kenapa perlu sembelih, cucuk je lah .... agaknya sebab tu dia kena baling ngan kepala ayam kut, wallahualam ....

Tapi lepas tengok siaran tu saya tak beli lagi ayam kecuali ayam dari pasar sentul, yg saya tahu di sembelih di pasar tu juga, malah kita boleh tengok pak cik tu dok sembelih kat belakang pasr tu, kalau ayam supermarket,

saya dah loya nak makan. yg paling dikesalkan JAKIM asyik cakap tak de peruntukan undang2, kecuali kalau tokey tu apply for certificate - halal. baru depa boleh pi siasat.ade ke macam tu, tak ada inisiatif langsung. itu je berita utk hari ni

..............................................................
Petikan TranungKite eGroups


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com