Semua ini bermula apabila Mahathir mengeluarkan
kenyataan pada tanggal 10 April 2000, setahun yang
lalu- Mahathir tanpa bukti, tanpa saksi, entah dari
mana diketahuinya telah mengeluarkan kenyataan yang
disiarkan oleh Utusan Malaysia - kata Mahathir " saya
dengar Keadilan hendak ada demontrasi pada 15 April
ini dengan tujuan hendak memperingati sesuatu dan
mereka sedia nak pukul Polis,nak bawa senjata...kayu
dan Molotov Cocktail" Dari kenyatan inilah setahun
yang lalu beberapa pemimpin Keadilan ditangkap
termasuklah Ezam yang ditahan di Sungai Petani Kedah,
Dibawa ke Kuala Lumpur dan disoal siasat, dituduh Ezam
mengupah gangster cina untuk huru harakan Kuala
Lumpur, namun bukti tiada, yang ada hanya tuduhan.
Lalu Ezam dilepaskan dan hanya didakwa kerana
ucapannya yang sedikitpun tidak menyentuh kononnya
kita mahu bawa senjata dalam bentuk apa juga. Lalu
pada 26 April tahun yang sama Ezam telah membuat satu
laporan polis khas untuk mengadu yang Mahathir telah
bertanggungjawab menimbulkan suasana panik dan tidak
tenteram di dalam negara.
Tuduhan membabi buta Mahathir, setahun yang lalu tidak
diam begitu sahaja, tiba tiba negara dikecuhkan oleh
laporan kononnya Keadilan merancang demontrasi harian
untuk gulingkan Mahathir, Utusan sekali lagi
bersekongkol dengan Jabatan Perdana Menteri untuk
merancang agar rakyat percaya bahawa memang Keadilan
sedang berusaha untuk menimbulkan suasana panik di
dalam negara. Natijahnya Ezam sekali lagi ditahan,
diburu seperti penjenayah. Laporan yang dibuatnya
setahun yang lalu tidak disiasat sebaliknya hanya
kerana petikan berita dari seorang wartawan dan
laporan Polis yang dibuat oleh seorang ahli Umno pada
petangnya - maka Ezam cepat cepat ditahan. Sekali lagi
Polis tercari cari bukti, ditahan Ezam seminggu,
akhirnya didakwa atas tuduhan yang surak dibuktikan
oleh pendakwaraya.
Pemuda Keadilan pada 5 Mac 2001 telah membuat satu
kenyataan akhbar, di dalamnya diterangkan sebab sebab
mengapa Pemuda Keadilan diancam dan dituduh dengan
tuduhan merancang keganasan, Logik yang mudah adalah
kerana selama ini yang mendedahkan segala salah guna
kuasa dan wang rakyat, yang bertegas dan mahu beberapa
tokoh disiasat, yang membuat siri siri penerangan
mengenai salah guna kuasa dan wang rakyat adalah
Pemuda Keadialn yang dipimpin oleh Ezam Muhamad Nor.
Salah laku Mahathir dan beberapa lagi tokoh berterusan
didedahkan- walau diancam dengan dakwaan demi dakwaan
di Mahkamah terbuka, namun semangat dan keazaman
sebahagian besar Pimpinan Pemuda Keadilan tidak
luntur. Malah mereka perhebatkan lagi siri siri
penerangan dan jelajah Malaysia. Ceramah Ceramah yang
dihadiri Pemuda Keadilan didengar oleh ribuan rakyat.
Lalu keadaan ini mencemaskan Mahathir, setelah
mahkamah terbuka tidak dapat melunturkan tekad
memperjuangankan hak rakyat oleh Pemuda Keadilan.
Langkah terakhir mereka adalah menahan dibawah ISA.
Satu undang undang yang membolehkan sesiapa yang
ditahan di bawahnya tidak perlu dibicarakan di
mahkamah terbuka.
Kerana takut nanti rakyat bangun menentang mereka
andai dilakukan tangkapan sewenang wenangnya,
dituduhlah Pemuda Keadilan sedang merancang menghuru
harakan Negara - lihat kenyataan akhbar oleh KPN
Norian Mai, jelas beliau selaku KPN telah berbohong
kononnya tahanan tahanan ini sedang merancang untuk
melakukan rusuhan ganas dan serangan bom petrol di
Kuala Lumpur, tuduhan seberat itu, langsung tidak
dilampirkan dengan sebarang bukti - hanya ucapan dari
mulut sahaja.
Hasilnya sekarang ini - pada perkiraan Mahathir, tiada
lagi yang berani mahu mendedahkan segala penyelewengan
yang dilakukannya bersama kroninya. Andai adapun
tidaklah selantang yang ditunjukkan oleh barisan
Pemuda keadilan, pada fikirannya begitulah, dan memang
pun - kalau kita perhatikan ceramah dan siri
penerangan mengembalikan hak hak rakyat tertangguh,
beberapa lagi siri penerangan dibatalkan, lalu
perhatian rakyat terhadap salahguna kuasanya teralih
dengan sendirinya. Rakyat tidak berbincang lagi soal
MAS, soal KWSP, LTH, Khazanah Malaysia, Tabung PBN dan
seumpamanya.
Itu hanya perkiraan Mahathir - dia harus diingatkan
sepotong ayat Al Quran, "mereka merancang, Allah juga
merancang dan ingatlah Rancangan Allah yang beroleh
kemenangan' Mahathir fikir dengan penjarakan pemimpin
kita, dengan ISAkan Ketua Pemuda Keadilan dan beberapa
exconya, dengan memburu beberapa lagi pemimpin kita -
pendedahan dan peyelewengan beliau akan tertutup. Dia
silap - bahkan semua yang telah berlaku membuatkan
kita berazam dan bertekad andai Mahathir TERUS MENAHAN
PEMIMPIN KITA, KITA AKAN BONGKAR BANYAK LAGI. Rakyat
akan dimaklumkan dengan lebih kerap lagi. TUNGGULAH
masa dan ketika terhampir ini. Kabinet Mahathir akan
digegarkan dengan sesuatu yang 'luar biasa', rakyat
akan ditunjukkan dengan 'bukti demi bukti' segala
salah laku Mahathir. Malaysia akan terus 'dipanaskan'
dengan isu ini. Dunia terus melihat bagaimana rakyat
'bencikan' mahathir dan mereka tidak takut diugut.