Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO Perlu Tukar Nama Baru

Nampaknya saban hari si Madey Mamat semakin nyanyok. Sudah banyak perkara yang tak logik telah dibuatnya. Kadang-kadang nak tergelak apabila sesetengah tindakannya bukan saja menunjukkan dia telah nyanyok tapi macam hilang akal.

Dulu keahlian UMNO telah dibuka kepada bukan Melayu tapi atas nama Bumiputera contohnya kepada keturunan Portugis yang menetap di Melaka. Mojoritinya mereka adalah beragama kristian.

Kini setelah Parti AKAR dibubarkan, keahlian ingin dibuka pula kepada kaum cina diSabah. Apa dah jadi dengan PM Malaysia ni. Nampaknya terdesak sangat takut kehilangan kuasa. Usaha ini dilakukan sebagai persediaan menghadapi pilihanraya 2004 kerana keahlian UMNO yang terdiri orang Melayu telah susut sesusut susutnya kebelakangan ini.

Atau adakah ini langkah Pertama Mahathir untuk memberi kuasa pemerintahan Malaysia kepada bukan Islam kerana dengan mengguna platform UMNO, jawatan PM mungkin boleh diberi kepada bukan Islam.

MCA,MIC dan Gerakan tak pernah membuka keahliannya kepada orang Melayu. MCA dan Gerakan dengan kebanggsaan cinanya dan MIC dengan kebangsaan indianya.Mereka tetap pertahankan dasar mereka untuk memperjuangkan kaum mereka.

Pemimpin UMNO pula sibuk memikirkan bagaimana ingin terus berkuasa tanpa memikirkan dasar perjuangan mereka, yang dilaungkan iaitu Mempertahankan HAK MELAYU. Apa yang dilaungkan cuma sekadar untuk mendapat simpati dari rakyat yang buta hati. Sebab perjuangan UMNO sama seperti perjuangan MIC, MCA dan Gerakan kerana dasar perjuangan mereka adalah ciptaan mereka sendiri dan cumalah berdasarkan perkauman.

Mungkin juga Madey akan membuka keahlian UMNO kepada kaum India pula, Maka terbentuklah satu parti yang terdiri dari berbilang kaum dan berbilang fahaman agama. Dan selepas itu Mahathir akan mewujudkan pemerintahan Satu Parti di Malaysia.

Langkah ini semata-mata untuk memperkuatkan sokongan bagi mendapat kuasa majoriti dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Sekular dan menghilangkan ISLAM secara total di bumi Malaysia ini. Kerana Mahathir sudah tidak percaya kepada Melayu UMNO.

Mahathir akan sabar menunggu sebagaimana dia sabar menunggu seperti apa yang dirancang terhadap DSAI.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com