Saudara Pengarang,
Saya amat tertarik dengan laporan akhbar dan media massa mengenai banjir besar yang berlaku yang berlaku di ibukota Kuala Lumpur baru-baru ini. Berbagai komen yang diberikan oleh orang ramai. Yang paling melucukan ialah komen daripada Menteri Kerjaraya Dato' Seri S.Samy Vellu. Beliau menegaskan kejadian banjir besar tersebut adalah berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab wargakota yang membuat sampah sarap ke dalam sungai. Beliau turut menyarankan kepada kerajaan agar mengenakan satu hukuman berat kepada individu yang membuat sampah ke dalam sungai. Persoalannya disini, siapakah yang ingin memeriksa individu yang buang sampah ? Adakah kakiktangan JKR, DBKL atau Menteri Kerjaraya sendiri ?
Apa yang amat memeranjatkan ialah kebanyakkan kawasan yang dilanda banjir ini ialah kawasan pusat bandar. Jalan-jalan yang terlibat adalah jalan-jalan utama wargakota. Persoalannya disini apakah semua ini adalah kerana pembuangan sampah semata-mata, fenomena alam, atau sikap tidak bertanggungjawab kerajaan yang terlalu rakus mengejar pembangunan hingga mengabaikan alam semulajadi ?. Kalau diikut dari segi logik akal, memang faktor alam semulajadi juga harus diambil kira. Banyak pembangunan yang dijalankan melibatkan tebing sungai , ini menyebabkan sungai menjadi cetek dan sebagainya. Apabila sungai cetek, ianya tidak dapat menampung taburan hujan yang banyak dan menyebabkan banjir berlaku. Ini bermakna kerajaanlah yang harus dipersalahkan dalam hal ini.
Satu persoalan lagi , mungkin BANJIR yang berlaku di ibukota baru-baru ini adalah BALA yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kerajaan yang zalim. Lihat saja kebanyakkan kawasan yang terlibat dengar banjir tersebut seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi. Bukankah di kawasan-kawasan inilah rakyat dihujani dengan semburan air asid kimia FRU. Kononnya untuk menghalang demonstrasi jalanan. Rintihan dan airmata rakyat tidak diendahkan. Anak kecil, ibu tua yang merayu agak tidak disembur dengan asid tidak dihiraukan. Inilah AIRMATA REFORMASI rakyat yang cintakan keadilan. Bala yang diturunkan oleh Allah SWT ini , kerna berkat doa rakyat yang dizalimi. Ditambah lagi dengan penahanan ramai pemimpin Reformasi di bawah ISA baru-baru ini.
Apa yang menghairankan juga, kejadian ini berlaku ketika YAB Perdana Menteri Malaysia , Dr. Mahathir sedang berada di Dubai. Bukankah ini satu bala dari Allah SWT. Ini supaya kerajaan sedar bahawa rakyat sudah tidak tahan lagi dengan kerenah mereka sekarang. Oleh itu janganlah mencari sebarang alasan lagi..mengapakah terjadinya banjir tersebut. Sedarlah, manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan.
danielms
KUANTAN