Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DASAR MAHATHIR BAHAYAKAN KESELAMATAN NEGARA

Dasar pertahanan negara sekarang turut membuka keanggotaan kepada kaum bukan bumiputera secara meluas untuk menjadi angkatan tentera Malaysia .

Dasar ini kalau dilihat sekali imbas memang baik kerana dapat menambahkan jumlah angkatan tentera untuk mempertahankan negara .Namun ia amat merbahaya kerana faktor penduduk Malaysia yang berbilang kaum amat memudahkan berlakunya konflik perkauman antara kaum seperti tragedi 13 mei dahulu .Tragedi yang buruk ini akan menjadi lebih buruk sekiranya anggota tentera dari pelbagai kaum turut campurtangan .Dasar pertahanan negara bukan sahaja dari ancaman luaran bahkan juga dalaman seperti juga ancaman menentang komunis dahulu .

Kita tidak mahu Mahathir ingin menjadikan alasan ketidakstabilan kaum untuk meraih simpati orang melayu untuk menyokongnya semula . Dasar Mahathir ini jelas berunsurkan politik semata-mata bertujuan memancing kaum cina dan India kerana orang Melayu sudah ramai yang menolak kepimpinannya

Kita perlu mengambil ikhtibar seperti mana konflik perkauman yang berlaku di negara- negara lain misalnya di Bosnia Herzegovina dimana konflik perkauman yang turut melibatkan anggota tentera yang lengkap membawa kepada korban yang kemusnahan yang amat besar .

Kita bukan mempersoalkan kesetiaan bukan bumiputera tetapi sikap berhati-hati adalah baik diamalkan demi kesejanteraan semua rakyat termasuk juga kepada kaum bukan bumiputera sendiri. Dasar ini jelas melanggar hak istimewa orang-orang Melayu di dalam kuota angkatan bersenjata di dalam perlembagaan negara Malaysia .

Adakah Mahathir sanggup mempertaruhkan keselamatan negara ini demi mengekalkan kuasanya ? . Tidak ada gunanya Mahathir melaung-laungkan isu perpaduan Melayu dan mempertahankan hak istimewa orang-orang Melayu jika tunjang kepada keselamatan dan kesejahteraan kepada orang-orang melayu khasnya dan bukan Melayu amnya diabaikan .

yang sayangkan negara .


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com