Assalamualaikum semua,
Saya ingin menulis sedikit saja tentang KWSP. Baru-baru ini Mahathir telah
mengumumkan bahawa caruman wajib KWSP dikurangkan kepada 9 % daripada 11 %
sebelum ini.
Saya gembira dengan pengumuman itu kerana bagi saya, saya lebih suka uruskan
wang saya sendiri. Bagi kat diorang pun abih dek belanja untuk kroni-moni
sahaja nanti.
Cuma disebalik "kenaikan gaji 2 %" ini, adakah kita semua terfikir bahawa
Mahathir mungkin ada lagi niat yang lain? Contohnya kalau caruman pekerja
dikurangkan, sudah pasti majikan-majikan pun akan meminta benda yang sama.
Mereka pun minta dikurangkan kerana beban pembayaran yang tinggi yang terpaksa
mereka tanggung.
Maybe akan turun daripada 12 % ke 10 %. Sudah pasti kita semua akan rugi besar
jika ini berlaku. Mahathir akan kata ini semua adalah sementara sahaja. Untuk
jumpstart economy. Yeaa...right. Like i believe whatever it is from his mouth.
Mahathir punya record bercakap cukup buruk sekali. "Daim tak resign". Tapi
nanti kalau resign camana, sekali lagilah kita ditipu oleh mamak tu.
Beberapa tahun lepas kerajaan Singapura telah mengurangkan caruman wajib majikan
mereka daripada (Surprise!) 20% kepada 10 % sahaja. Kita tak mahu benda yang
sama akan terjadi di Malaysia ini. Kalau saya tidak silap, Maha sendiri ada
berkata bahawa wang kwsp itu tak cukup untuk persaraan, perlu simpanan lain
lagi. So kalau diturunkan lagi caruman, alamat lebih teruk lagilah.
Saya juga ingin menyeru kepada kerajaan supaya berhenti mengganggu wang kami di
dalam KWSP. Wang KWSP ialah wang kami, tiada langsung wang kerajaan di dalamnya
oleh itu, pengurusan KWSP sepatutnya dipilih oleh para pencarum, bukan
'appointed' by kerajaan. Pencarumlah yang patut 'decide' mana diorang nak
laburkan duit mereka untuk pulangan yang maksimum yang mana sudah pasti baik
untuk ekonomi Malaysia.
Akhir sekali kepada ura-ura yang nak meningkatkan had persaraan (dan sudah pasti
KWSP sekali) saya cukup tak bersetuju. Berilah pilihan kepada siapa yang nak
bersara. Kan itu lebih baik. Kalau orang tu nak terus bekerja, bagilah dia
peluang.
Kalau KWSP meningkatkan had umur pengeluarannya, alamat bangkraplah KWSP kerana
terpaksa membayar interest yang lebih tinggi kepada mereka itu. Bayangkan orang
yang dah berumur 55 tahun dan simpanannya berjumlah RM 300,000. Jika
persaraannya dilanjutkan lagi selama katakan 2 tahun, KWSP kena membayar orang
ini sebanyak, RM 300,000 * 6 % = RM 18,000 (Tahun pertama) dan
(RM 300,000 + 12*(gaji bulanan=3000)+ 18,000) * 6 % = RM 19,469 (Tahun kedua).
Mana KWSP nak cari wang sebanyak itu untuk membayar kepada orang tua yang hampir
nak bersara ini? Wang berjumlah RM 19,469 bukanlah sikit. Sekurang-kurangnya
memerlukan 12 orang berpendapatan RM 1200 sebulan untuk menyumbang sebanyak itu.
Maknanya lagi lama orang yang banyak wang itu duduk dalam KWSP, lagi ramailah
orang yang diperlukan untuk menanggung pulangannya.
Cuma benda di atas tidak akan berlaku selagi KWSP mampu membuat pelaburan yang
membawa pulangan yang baik. Jika tidak, pulangan untuk pencarum akan terus
merosot sehingga menjadi 3 atau 4 % atau lebih teruk lagi.
Semoga kita masih dapat menikmati wang kita bila bersara nanti!
Engineer Terengganu