Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kenyataan Akhbar oleh Friends and Family of Hishamuddin Rais (FAFI-Sham):Peace Walk

Kami adalah ahli keluarga dan kawan-kawan kepada Hishamuddin Rais yang prihatin terhadap penangkapan dan penahanan beliau dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Hari ini telah genap 39 hari beliau di tahan di bawah ISA. Ternyata sehingga sekarang, masih belum ada sebarang berita tentang nasib dan keadaan diri beliau. Walaupun pihak polis telah membenarkan beberapa keluarga untuk berjumpa dengan tahanan. Tetapi Hishamuddin Rais masih belum lagi dibenarkan berjumpa dengan keluarganya.

Kami amat risau, ragu-ragu dan bimbang dengan kondisi fizikal dan mental beliau. Berdasarkan rekod dan pengalaman tahanan-tahanan ISA yang lepas, terdapat laporan yang menyatakan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental semasa dalam tahanan.

Kami beranggapan tuduhan yang dikemukan oleh Ketua Polis Negara, Norian Mai dalam kenyataan akhbarnya adalah tidak berasas dan berunsur fitnah. Dalam kenyataan akhbar tersebut, Norian mendakwa Hishamuddin dan lain-lainnya di tahan kerana terdapat maklumat tentang kegiatan mereka yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Norian turut menyebut perihal grenade launcher, molotov coctail dan bom yang tidak dapat masuk dek akal.

Kami juga percaya bahawa penggunaan ISA adalah untuk kepentingan politik pemerintah yang ada hari ini. Sejak tahun 1960 lagi telah ramai para pejuang keadilan, kebebasan dan demokrasi di Malaysia ini menjadi korban ISA. Hari ini sekali lagi ISA digunakan sebagai senjata untuk mematahkan arus kebangkitan rakyat.

Oleh yang demikian, kami menuntut pembebasan segera tanpa syarat terhadap Hishamuddin Rais dan semua tahanan ISA. Jika mereka melakukan kesalahan jenayah, mereka hendaklah dibicarakan di mahkamah terbuka yang bebas, adil, saksama dan demokratik.

Kami mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan ISA oleh pihak polis dan regim Barisan Nasional. Kami juga menegaskan bahawa ISA adalah akta yang draconian, tidak bertamadun dan kejam. Oleh yang demikian kami mendesak pemansuhan ISA.

Perlu diingat bahawa kami tidak akan menyerah kalah dengan mudah. Sebarang ugutan dan gangguan tidak akan dapat membunuh semangat juang kami. Kami akan tetap terus maju bergerak untuk mencapai cita-cita ke arah sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan saksama.

19 Mei 2001


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungdaily.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com