Di sebalik topeng demokrasi di negara yang serba boleh ini terselit seribu satu
macam kekejaman yang tidak pernah terfikir oleh kebanyakkan rakyat biasa, iaitu
ISA.
Akta yang diwarisi penjajah ini digunakan berleluasa bagi menutup mulut pihak
yang bertentangan pendapat dengan pemikiran terkongkong yang dikira pemikiran
arus perdana itu.
Kita biasa mendengar dan melihat kekejaman perang yang berlaku di Chechnya,
Bosnia, Kashmir, Afghanistan, Tebing Barat, Maluku, Ambon dan sebagainya.
Kekejaman ini dilakukan oleh pihak yang berlainan bangsa ataupun agama, tetapi
di negara ini sebaliknya berlaku.
Bangsa, agama dan negara yang sama dimiliki oleh penahan dan tahanan ISA tidak
pernah menghalang untuk penindas-penindas ini bertindak kejam diluar batas
kemanusiaan. Melihat catatan-catatan pengalaman tahanan ISA sebelum ini kita
terpaksa akui bahawa kita sebenarnya sedang dijajah oleh satu kelompok binatang
ganas yang bertuhankan pemerintah zalim ala Firaun sepertimana yang ada sekarang
ini.
Seandainya kita sanggup bertuhankan Firaun dan mengiakan segala suruhan dan
mengelakkan mengengkari larangan bajingan ini kita akan dianugerahi segala macam
kemewahan dunia. Jika sebaliknya kita akan ditahan dan dihukum dengan ISA.
Dalam kurungan itu, binatang-binatang peliharaan Firaun akan menggunakan segala
kepakaran mereka dalam soal penyiksaan untuk mengubah suasana bilik kurungan
seperti sebuah neraka.
Binatang-binatang itu boleh digambarkan dalam pelbagai species seperti anjing,
babi, jembalang, harimau jadian atau sebagainya itu adalah sebenarnya Polis.
Sifat kebinatangan yang dimiliki mereka telah menghilangkan naluri kemanusiaan
dan ihsan yang sepatutnya menjadi pegangan sebuah pasukan yang diamanahkan untuk
menjaga ketenteraman rakyat.
Sifat kebinatangan itu juga telah mengosongkan kandungan otak mereka untuk diisi
oleh ketulan-ketulan tahi yang disumbat melalui mulut mereka oleh penjaga
mereka.
Dengan sempurnanya sifat kebinatangan itu, akan diangkatlah segolongan daripada
mereka dengan darjat yang dibuat-buat untuk menambah lagi dorongan kepada
golongan yang lain untuk menjelmakan diri sebagai binatang peliharaan kesayangan
pemerintah.
Dengan bantuan binatang-binatang inilah Firaun mengukuhkan kuasa dan
mempertuhankan dirinya kepada rakyat.
Kepada mereka yang masih mengekal dan mempertahankan sifat kemanusiaan dalam
diri mereka dari dicemari oleh sifat kebinatangan golongan tersebut, kami
menyeru agar kita semua membuka minda dan berteguh bersatu menentang kekejaman
dan kezaliman yang sedang berlaku di depan mata kita.
Janganlah kerana ia tidak melibatkan diri dan taulan kita, kita mendiamkan diri
bersenang lenang menikmati dunia yang singkat ini. Kenangilah mereka dan
keluarga terlibat yang sanggup menghadapi segala bentuk kezaliman itu untuk
kebahagiaan kita di masa depan. Bantulah mereka dengan apa jua bentuk disamping
meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh para tahanan ISA.
Webmaster
http://www.hackerzparadize.f2s.com/index.php3