Assalamualaikum wbt...
Kerajaan UMNO Negeri Selangor di bawah pimpinan Khir Toyo semakin desprate. kalau dulu hanya Masjid-masjid sahaja di arahkan supaya semua AJK yang dlantik oleh anak kariah di bubarkan dan di lantik semula oleh JAIS. Tetapi kini telah menular ke Surau-surau, yang terbaru setakat apa yang saya tahu beberapa surau didalam kawasan Batu 3 Shah Alam beberapa buah surau telah menerima surat daripada JAIS ( sudah pasti arahan dari Khir Toyo) supaya menghantar senarai nama AJK baru dalam masa 14 hari dari tarikh yang dikeluarkan. Surau tempat saya iaitu Surau Nurul Hidayah Taman Batu 3 tidak terkecuali menerima nasib yang sama. Dari apa yang kita dapat tahu surat ini di hantar melalui Ketua-ketua UMNO cawangan sebab surat itu tidak ada stem.
Jadi disini memang UMNO pimpinan Dr.Mahathir sudah semakin meracau fikirannya sehinggakan prgram-program surau pun nak dikacau. Disini kita ingin memberi amaran kepada pemimpin UMNO jangan mereka ingat dengan mengongkong surau daripada menyampaikan kebenaran dengan ayat-ayat Allah mereka boleh ingat perjuangan untuk menegakkan islam di bumi malaysia ini akan terbantut??? tidak sama sekali wahai UMNO durjana. Kita akan meneruskan program ceramah-ceramah ini seperti biasa walaupun tidak di surau tetapi di rumah Saudara-saudara kita yang sanggup memberi rumah mereka untuk dijadikan tempat untuk mendapatkan ilmu.Kita gerakan Islam bukan macam UMNO yang tak tahu nak buat apa apabila tersepit.
Justeru itu saya memohon kepada semua rakyat samalah-samalah kita berdoa kepada ALLah supaya apa sahaja perancangan jahat UMNO ini akhirnya akan memakan balik diri mereka semula.
Sekian Wassalam.
Islah Menentang Kezaliman.
Bt.3 Shah Alam.