Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Berjalan Kaki Untuk Kebebasan

Acara ini adalah sebagai salah satu bentuk protes aman terhadap penggunaan ISA. Berjalan kaki secara aman ini di adakan sebagai solidariti dan menunjukkan rasa kebersamaan terhadap mangsa-mangsa ISA.

Kami akan memulakan acara berjalan kaki ini daripada perkarangan banggunan Pusat Bantuan Guaman (LAC) Kuala Lumpur hinggalah ke warung Pak Cik Amjal di bulatan Universiti Malaya.

Bermula di perkarangan LAC sebagai memperingati Badaruddin Ismail (Pak Din) yang aktif menjalankan kerja-kerja menguruskan hal ehwal Orang Kena Tahan (OKT) bagi reformasi. Pak Din sebagai aktivis SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) banyak menyumbangkan tenaga dan masa untuk melakukan kerja-kerja sukarela bagi menguruskan soal-soal penyusunan dan koordinasi untuk OKT. Pak Din bertanggungjawab menghubungi keluarga OKT, menghubungi pihak peguam dan juga selalu berusaha mencari wang jaminan untuk OKT.

Berakhir di warung Pak Cik Amjal berdekatan bulatan Universiti Malaya adalah simbol peringatan terhadap permulaan penglibatan Hishamuddin Rais dalam dunia aktivisme kerakyatan. Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Hishamuddin cukup dikenali di era kebangkitan gerakan mahasiswa di tahun-tahun 1970 an. Khususnya pada tahun 1974, dengan isu pembelaan rakyat miskin kota yang dirobohkan rumah mereka di Tasek Utara, Johor Bharu. Dan juga peristiwa yang tidak terlupakan, iaitu pembelaan terhadap kemiskinan dan kemelaratan rakyat tani di Baling, Kedah.

Siapakah peserta Berjalan Kaki untuk Kebebasan ini?

Mereka yang menyertai acara protes aman ini terdiri daripada ahli keluarga dan kawan-kawan mangsa tahanan ISA bersama-sama para pecinta keadilan, keamanan dan demokrasi.

Aksi berjalan kaki ini diadakan secara aman. Jika berlaku sebarang keganasan dan kekacauan, maka jelaslah bahawa yang bertindak itu adalah anasir-anasir provokasi yang tidak mahukan acara ini berjalan lancar serta mencapai matlamatnya.

Aksi berjalan kaki secara aman untuk kebebasan ini menjadi simbol penerusan perjuangan reformasi dan demokrasi oleh mangsa-mangsa tahanan ISA.

SOLIDARITI UNTUK MANGSA-MANGSA ISA !!!
RAKYAT BERSATU TAK DAPAT DIKALAHKAN !!!
HIDUP REFORMASI DAN DEMOKRASI !!!


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungdaily.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com