INNALILLAHI WAINNAALLILLAHI RAAJIUUN.......
Ucapan takziah bersertakan doa agar dicucuri dengan
RahmatNya dan RahimNya keatas Allayarham Mohd Taufik
Bin Mohd Akhir yang telah meninggal dunia
danadiknya Mohd Firdaus yang cedera parah akibat
dikelar olih ibunya sendiri didoakan moga segera
sembuh
Mengapa ya? Berlaku demikian! satu tanda tanya yang
berada dihadapan kita,tidak terjawab olih sesiapa
melainkan Allah Yang Maha Mengetahui.
Dalasoal ini tiada siapa yang layak dihukum dan
menghukum. Apakah seorang ibu , bekas siswazah Syarie
1991-1994 UM peranakan Bumi Kenyalang Sarawak
bertindak ganas sedemikian rupa?
Untuk melepasi Sarjana Muda Syarie perlulah beliau
merujuk Quraan dan hadissebagai pembimbing dan
menghafal beberapa ratus ayat Quraan dan hadis
untukmendalami Hukum Hukum Syariat Allah SWT beberapa
nota dan teks perlu disediakan; bagi persediaan beliau
untuk melewati peperiksaan sarjana yang
kian menghampiri tetapi malang baginya harapan berubah
menjadi gelap dihadapan nya segala nota dan teks telah
hangus dijilat api dalam satu kebakaran diasrama
Universiti Malaya tahun 1994. Disini lah detik bermula
kekusutan walaupun diterima dengan penuh redza
Pulangnya dengan berbekal kehampaan, kandas tengah
jalan . Dia bertemu juduh dengan seorang pendidik
asalusul nya dari Utara Semenanjung (Perlis) Mohd
Akhir B Bakar namanya, menumpang kasih ketika
diperantauan, bertandang mendapat berkat, justeru
diijabkabul.
Bertandang ke Perlis dengan harapan lagi untuk membina
Istana Bahagia tapimalang baginya , tanpa direstui
mertua nya. Maka hiduplah mereka berpindah
randah dari sebuah rumah sewa kesebuah yang lain.
Dalam mengharungigelombang hidup susah payah, Allah
Maha Kaya telah mengurniakan 4 orang cahaya mata
sebagai penyejuk mata, tempat Allah SWT mencurah
rezeki pada yang memohon.
Titik hitam kian lama wujud telah membesar dan
menompok dalam naluri insan apabila kehidupan dihimpit
kemiskinan (bikinan sisuami) Saraan hidup
diseleweng,janji manis yang dipadu sebelum nikah
dikhianati, ada insan insayang lain jemputan sisuami
memfaraqah jalinan kasih sayang ,
tanggungjawab tidak lagi terjawab pulangnya dua per
tiga malam cukup lewat bagi seorang pendidek. Rumahku
Syurgaku bagaikan Neraka tempat singgah
menyalinkain bajuuntuk berubah watak sebagai Pendidik
yang dedikasi . Si isteri memohon sedikit wang untuk
sarapan pagi bagi mengisi perut anak
anak nya yang dikasihinya, lantas sisuami bangun
membisu seribu bahasa menjalankan tugas sebagai guru
yang berwibawa., tanpa peruntukan wang saku
sebagai perbelanjaan kecil kecilan membuat kan hati
bertambah resah dan gelisah Untuk menampung sara hidup
maka berniagalah siisteri menjual nugget dan
kuemueh diperkarangan sekolah berhampiran mengharap
belas ihsan murid murid yang bersimpati. Keberkatan
rezeki pencarian isteri telah berjaya
disimpan, tetapi malang bagi beliau simpanan nya pun
habis dekebas dek suami. Mana mampu seorang insan yang
lemah menahan ujian seperti ini dugaan nya
sangat hebat, ibu bapa nya jauh diseberang Laut China
untuk mengadu durja melepaskan perasaan, mencurah isi
hati yang penuh dengan kesongsangan
hidupinsan, jauh dari sifat sifat kemulian manusia.
Sepak terajang adalah budayadan kesenian di rumah Di
pujuk rayu dengan pukul memukul. Tekanan
demi tekanan terpaksa diharungi liku liku hidup nya
bertambah sukar, kehidupan makin menyempit, kegelapan
menyelubungi hidup nya tidak ada satu
cahaya punberkemungkinan menyinari masa depan nya.
Jiwa nya dicengkam dan
diancam berterusan tanpa titik noktah!!!
Rumah terakhir ialah kuarters guru guru dalam kawasan
Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Salang, Perlis.
Suasana dalam sungguh mengharukan peti
ais kecil hanya berbekalkan beberapa botol berisi air
kosong bahagian lain kosong melopong, dapur nya
berasap entah tidak, diletak atas kabinet kecil
untuk menyimpan makanan yang juga turut kosong, tilam
untuk berbaring melelapkan mata meredakan keletihan;
melusuh dan merobek tidak layak seoranpendidik tidur
diatas nya keadaan sekeliling tak ubah seperti kongsi
pendatang tanpa izin Demi meredakan tekanan beliau
menemui pakar Sakit Jiwa Hospital Kangar
beberapa kali, mulai disedari rupa rupa nya ada juga
yang kasih dan prihatipadanya, khidmat nasihat dan
kaunseling telah membina semangat untuk terus hidup
seperti manusia biasa, ada tempat mencurah rasa
katakan!!! Tapi apa nak buat suasana dalam rumah tidak
mengizinkan beliau berfikir panjang ubatmudah tidur
atau penenang yang diendorse untuk nya
olih pihak hospital ditelan habis , hingga tak
sedarkan diri hampir meragut nyawa nya sendiri .
Pada 29hb April beliau dimasukkan ke hospital
menjalani rawatan sebagai pesakit biasa kerana lebihan
dos. Pada 8hb Mei beliau dizin keluar dari
wadsetelah pertuturan, tingkah laku dan peradaban nya
normal seperti orang biasa Pulang nya kali ini tidak
mengubah sikap suaminya walau sedikit pun
malahanberterusan seperti sediakala. Siisteri begitu
hampa dan kecewa dalam keadaademikian , penyakit nya
menular semula menyelubungi fikiran
yang berkecamuk Pagi 9hb setelah dua anak bersekolah
bepemergian, salah seorang anaknya
telah bangun dan merengek minta sejemput makanan!!!
alangkah gelapnya duniasiisteri ketika itu apabila
keadaan sekelilingnya kosong tanpa makanan.
Sabar adalah skala pada keimanan Kesabaran nya telah
tercabar, tidak lagi dapat membezakan yang mana kasih
dan yang mana benci pada kehidupan sungguh
mengelirukan maka berlakulah penyembelihan keatas Mohd
Taufik matinya lumuran darah berlebihan. Kemudian satu
hayunan pisau menyinggah dileher Mohd Firdaus
menyebabkan dia cedara parah lantas siisteri bangun
dan terus lari lari dan lari sejauhmana yang dia dapat
melarikan dirinya melepasi deraan hidup yang sentiasa
mendakap sanubarinya Larilah! Larilah! hingga kehujung
hujung dunia sekali pun kekecewaan dan
kehampaan tetap menghampiri nya Demikian lakaran saya
yang tak seperti ini mengenang nasib dan masa depan
Puan Hamidah Tomik yang penuh tragis dan nostalgia
yang akan menghantui perasaan beliau hingga akhir
hayat. Ibu mana yang tidak sayang pada
anaknyasetelah dia berkorban dan bersabung nyawa 50-50
demi melahirkan seorang bayi, fikirkan lah hal ini dan
buat lah penilaian jangan lah kita
menghukum mengikut nafsu kita dan Allah Yang Maha
Hakim
Akhir sekali ucapan terima kasih dan didoakan semuga
Allah swt memberi kemulian didunia dan diakhirat
menaikan darjat dan mengampun kan segala
doskepada saudara Kamarudin Omar yang telah mengambil
tanggung jawab dengan selamatnya mengkebumikan jenazah
allahyarham Mohd Taufik diTanah PerkuburanIslam Teluk
Jambu Bintong Perlis
Sekian wallahu'alam