assalamulaikum,
Koyyeh ada membaca sedikit forum dari um pada hari ini
itu pun melalui online dari semalam ada seorang
penulis
yang menghentam pembangkang dari seorang siswa utara
tanahair tetapi koyyeh dapat menahan lagi kesabaran
tetapi bila membaca satu tajuk pada hari ini 27hb
April 2001 kesabaran koyyeh tercabar.Apa yang koyyeh
ulaskan 'kebodohan' atau memang saudara Naz dari
Bandar Baru Bangi itu sengaja tidak mengikuti
peredaran masa dan politik Malaysia amnya.Bukan koyyeh
terlalu taksub pada DSAI kerana koyyeh pun bukanlah
menyokong Pertubuhan Melayu Bersatu walaupun masih
ramai lagi saudara mara koyyeh yang berada di pihak
parti berkarat itu.
Ingin koyyeh jelaskan memang saudara Naz tidak ubah
katak di bawah tempurung hanya pandai menulis sekadar
untuk memenuhi ruang di um itu sahaja koyyeh dapat
nilaikan saudara.Andaikata saudara seorang celik
politik,sosial dan ekonomi anda tidak akan memberi
alasan yang tidak perlu difikirkan oleh orang
lain.Tetapi bagi koyyeh yang tiada degree berjela ini
masih dapat menilai antara yang haq dan yang batil.
Saudara,disini koyyeh ingin memberitahu ketika
pemerintahan diktator rejim Philipines suami kepada
Corazon Aqino ketika dalam tahanan beliau digelar
banduan tetapi masih ada tempat untuk mendapat
rawatan.
Selain dari itu koyyeh nak habaq mai perbelanjaan akan
di tanggung oleh keluarga beliau sendiri bukan meminta
bantuan kerajaan sebagaimana yang saudara Naz
maksudkan kerana dari fahaman koyyeh saranan saudara
jangan kerajaan melayani permintaan "banduan" itu
kerana pada hemat saudara penyokong DSAI ada matlamat
dan tujuan tersendiri.Bagi koyyeh anda jangan
terlampau fanatik pada akhbar arus perdana kerana
banyak berita yang tidak sewenangnya kita boleh
percayai dan jika anda bertanya adakah akbar
pembangkang itu hanya tahu mengutuk kerajaan tetapi
depa banyak menggunakan fakta bukan tahu
menulis.Akhbar arus yang koyyeh tiada ragu-ragu untuk
mempercayai melainkan keputusan empat nombor atau tipu
orang tiada otak sahaja.
Sekian.
KOYYEH@2001