Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Amanat Hadi – Perancangan Umno gagal lagi

NAMPAKNYA permainan Umno untuk menarik simpati rakyat gagal lagi. Umno menyangkakan permainan isu kafir mengkafir merupakan isu yang menguntungkan, seperti yang dilakukan di tahun 80-an yang memberi kuntungan besar kepada Umno.

Tetapi, di era langit terbuka ini rakyat semakin matang. Pemikiran mereka tidak boleh dikongkong lagi dengan menggunakan media tunggangan Umno. Akhirnya, satu persatu isu lapuk yang dimainkan oleh Umno tidak menjadi.

Isu lapuk ‘Amanat Haji Hadi’ yang diungkit kononnya sebagai bukti isu kafir mengkafir, kini menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada Umno yang ketandusan isu dan hujah untuk memburuk-buruk pemimpin PAS. Umno semakin cemburu dengan ketelusan pemimpin PAS yang menerajui dua negeri di Pantai Timur. Seboleh-bolehnya mereka ingin mengelabui mata rakyat dengan tuduh-tuduhan dan fitnah, agar rakyat sangsi dengan kepimpinan mereka. Sayang, sampai sekarang agenda ‘syaithan’ mereka tidak menjadi, meskipun mereka menggunakan media siang dan malamagar pemikiran rakyat berjaya dipusing sejauh 360 darjah.Tapi, Allah tetap bersama orang-orang yang benar.

Matlamat utama mereka ialah untuk menahan arus kebangkitan dan kesedaran rakyat yang semakin dahagakan pembaharuan (reformasi) terutama dari perubahan kepimpinan yang lebih telus. Kini rakyat sedar, kepimpinan yang dicari-cari ialah pemimpin yang hidup sederhana, tidak rakus, mengutamakan keperluan rakyat daripada diri sendiri/kroni dan yang paling utama menjadikan Islam sebagai asas pegangan hidup. Role model ini telah muncul di kedua-dua negeri yang diperintah oleh PAS.

Kemunculan role model ini merupakan ‘time bomb’ kepada Umno. Rakyat sudah mula meyakini kebolehan PAS di dalam pentadbiran, meskipun mempunyai beberapa kelemaahan yang boleh diperbaiki. Dulu, PAS lebih dikenali sebagai parti tok-tok guru, ustaz-ustaz dan pak imam. Kini, PAS disertai golongan profesional di pelbagai bidang, daripada pakar sakit puan sehinggalah pakar di dalam bidang nuklear.

Gandingan mantap golongan ulamak dan profesional ini telah menghapuskan kesangsian rakyat terhadap kemampuan PAS. Sebab itu Umno beriya-iya untuk mencari pelbagai kelemahan PAS di dua negeri yang diperintah oleh PAS. Mereka sangka dengan melakukan sabotaj terhadap kedua-dua negeri ini akan berjaya melumpuhkan pentadbiran PAS. Setakat ini alhamdulillah rakyat dapat berfikir, walaupun kedua-dua negeri ini disabotaj, perjalanan pentadbiran tetap seperti biasa. Membangun seperti negeri-negeri lain di Malaysia.

Umno sedar, meskipun dianiaya oleh Pusat. PAS berjaya mentadbir dua negeri ini dengan telus dan baik. Sebab itu, seandainya ‘royalti’ terus diberi PAS akan berjaya menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya untuk faedah rakyat. Ini akan membuka mata rakyat di negeri lain. Umno pasti terancam. Walaubagaimanapun, perencanaan Allah lebih baik daripada perencanaan orang-orang yang dengki dan mengkhianati perjuangan Islam. Semoga pemimpin PAS terus bertahan, berusaha dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

– mart_no
(Frontmuslim)


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Mei 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com